24
Kha, Mei
873 ARTIKEL BARU

Quinoa Najib & Kuda Mahathir : Isu Yang Sebenar & Putar Belitnya.

Editorial
Typography

Tiba-tiba perkataan Quinoa dan kuda menjadi perbualan panas rakyat Malaysia Ianya bermula dengan cubaan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat daripada kenyataan asal Datuk Seri  Najib Razak yang menggariskan banyak usaha positif kerajaan Barisan Nasional untuk memajukan negara dan membantu rakyat.

Beliau berkongsi mengenai perkara berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah dalam Bajet 2018. di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 20 Februari 2018.

Baca kenyataan PM : KLIK SINI

Dan ketika ditanya tentang cara beliau menjaga kesihatan, selain daripada multivitamin, beliau juga perlu mengawal pemakanan beliau. Ketika itu, beliau berkata beliau suka makan dan memperkenalkan bijiran Quinoa sebagai salah satu makanan kesihatan untuk menjaga kesihatannya.

Tidak dinafikan bahwa pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri amat memerlukan tahap kesihatan yang amat tinggi setiap masa. Ianya kerana tugasan harian beliau yang sangat memerlukan kesihatan yang baik tanpa ada permasalahan yang boleh membantut perjalanan tugasan seseorang Perdana Menteri.

Tentu akan ada banyak masaalah jika seseorang pemimpin itu tidak dapat aktif sepanjang masa kerana telah dinasihatkan oleh doktor disebabkan masaalah kesihatan di atas sebab sakit atau lanjut usia.

Lebih-lebih lagi jika seseorang pemimpin itu terpaksa kerap masuk hospital seperti IJN dan perlu berihat beberapa hari disebabkan uzur sakit. Segalanya ini akan menyebabkan seseorang pemimpin itu kurang produktif.

Dan bila masa lebih kepada menjalankan tanggungjawab yang dipikul, penulis sebagai seorang doktor pun akan menasihatkan Perdana Menteri dan sesiapa sahaja untuk memastikan pemakanan yang sihat, beriadah dan cukup tidur. Pokoknya, healthy life.

Untuk pengetahuan Kit Siang, Quinoa adalah makanan kesihatan seperti multivitamin/supplemens yang Najib dan beliau sendiri makan untuk menjaga kesihatan. Kit Siang sengaja lupa dengan konsep 'mencegah lebih baik daripada merawat'.

Malah, multivitamin/supplemens yang dimakan oleh Lim Kit Siang dan Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar lebih mahal daripada makanan kesihatan, Quinoa. Tidak salah kerana mereka mampu membayar kosnya. Begitu juga bila Najib Razak mengamalkan pemakanan Quinoa.

Bukannya sedap pun tetapi dah namanya makanan kesihatan. Mana ada keluaran kesihatan yang sedap sebab fungsinya hanya satu iaitu untuk menjaga kesihatan. Realitinya, kaedah menjaga kesihatan ada pelbagai cara dan ianya terpulang kepada kita sendiri untuk melaksanakannya.

Di sini kita nampak politik murahan Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang cuba character assasination Najib Razak hanya kerana Quinoa.

Seperkara lagi, Norashman, anak Najib Razak pula hanya pengarah syarikat yang mengekspot makanan kesihatan Quiona bukannya mendapat projek ratus jutaan ringgit daripada Telekom atau Petronas seperti anak-anak pemimpin yang lain. 

Dan disebabkan oleh permainan politik pembangkang ini, perkataan kuda juga menjadi amat popular. Ianya sebagai perbandingan kos jika dibandingkan dengan harga makanan kesihatan, Quinoa.

Yang pastinya, harga kos makanan  kuda yang dimiliki oleh Mahathir adalah lebih mahal daripada makanan kesihatan, Quinoa. Mahathir memiliki 40 ekor kuda dan kita boleh buat kiraan matematik mudah serta dapat mengagak berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap bulan. Ribuan ringgit nilainya.

Bukan itu sahaja, kuda-kuda Mahathir itu hanya sekali-sekala ditunggangnya. Beliau lebih kerap menggunakan kereta-kereta mewahnya dan jet peribadi. Tunggang kuda pun tidak lama kerana faktor usia Mahathir.

Kerana itu, isu makanan kesihatan, Quinoa ini amat remeh dan jelas menunjukkan Pakatan Harapan sudah tidak ada modal untuk menyerang Najib Razak.

Malangnya, kita menjangkakan jentera puak pembangkang termasuk portal-portal pro-pembangkang akan lebih kerap menggunakan perkara-perkara remeh ini menjelang PRU14.

Mereka perlu melakukannya untuk menutup segala permasalahan besar yang sedang dan bakal dihadapi oleh Pakatan Harapan seperti pertelingkahan kerusi parlimen dan DUN, pembantahan kepada Mahathir Mohamad sebagai calon PM pembangkang, skandal-skandal billion ringgit yang dihadapi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor.

Baca kenyataan Najib dan pengakuan MahathirKLIK SINI