23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Terowong Bawah Laut : Azeez Nafi Tuduhan Zenith Tapi Kerajaan DAP 'Berlembut'

Editorial
Typography

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim telah menafikan dakwaan beliau menerima RM3 juta daripada Konsortium Zerith Construction Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam projek kontroversi terowong bawah laut Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah jumpa individu berkenaan dan saya juga tidak mempunyai urusan dengan syarikat pembinaan itu.

"Malah saya sifatkan ini sebagai tuduhan liar untuk menjatuhkan saya di kawasan Baling, Kedah lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya.

"Saya percaya nama saya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sekiranya betul apa yang didakwa mengapa firma berkenaan tidak berjumpa saya lebih awal?

"Jika saya terbabit dalam kerja rundingan, mesti ada perjanjian yang ditandatangani. Kamu tidak boleh sebarangan kata saya menerima wang melalui proksi," katanya.

Abdul Azeez bersedia untuk disiasat oleh SPRM dan juga akan mengambil tindakan mahkamah serta akan mendakwa pihak yang membuat tuduhan itu.

Untuk rekod, media melaporkan SPRM telah menahan ahli perniagaan bernama N Gnanaraja selepas dipercayai terlibat menerima wang bernilai RM19 juta untuk menutup siasatan kes terowong dasar laut. Pada awalnya, beliau didakwa menerima RM2 juta kemudiannya RM15 dibayar kepada sebuah syarikat dan RM2 juta pada Ogos yang lalu.

Yang menjadi tanda tanya ialah respons Lim Guan Eng dan kerajaan DAP yang masih lagi ‘berlembut’ dengan konsortium Zenith walau pun konsortium itu secara tidak langsung mengaku wujudnya pemberian wang apabila menyaman dua pihak itu kerana didakwa ‘gagal menjalankan tugas’ seperti perjanjian dengan Zenith pada Julai 2017.

Media melaporkan tujuan pemberian wang tersebut:

1. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today arrested a man suspected of having promised “immunity” from any graft probe to contractors involved in the Penang tunnel-roads project. - sumber

2. Dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM – sumber 

Lim Guan Eng mendakwa ‘tidak ada seorang pun ahli majlis yang mengetahui perkara tersebut’.

"Ini adalah sesuatu yang kita semua tidak tahu sama sekali dan akan meminta Zenith menjelaskannya.” katanya lagi.

Kenyataan Guan Eng ini menimbulkan persoalan kerana ianya menunjukkan seolah-olah kerajaan DAP lepas tangan dan tidak mengikuti perincian perkembangan projek mega ini.

Yang turut menghairankan ialah kenapakah konsortium Zenith perlukan khidmat untuk 'immunity from any graft probe' jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan atau penipuan?

Kita minta Lim Guan Eng bertindak cepat dan memanggil konsortium Zenith untuk memberi penjelasan dengan kadar segera. Kita kira berapa hari konsortium Zenith akan dipanggil oleh kerajaan DAP.

Janganlah pula selambat kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar yang bernilai RM305 juta untuk projek mega 3 lebuhraya dan terowong bawah laut. Laporan tidak siap-siap lagi hingga ke hari ini.

 

 

Sumber

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/30763-skandal-terowong-azeez-nafi-terlibat-sedia-disiasat-sprm.html

https://www.malaysiakini.com/news/413810#10uuek0aVMILZeMx.99