21
Isn, Mei
933 ARTIKEL BARU

Fitnah : Minta Maaf Atau Saman.

Editorial
Typography

Kita sedia maklum Consortium Zenitch Construction Sdn Bhd menghantar surat menarik balik balik dan meminta maaf kepada Datuk Seri Azeez Rahim ke atas tuduhan beliau menerima RM 3 juta daripada consortium tersebut 

Media melaporkan tujuan pemberian wang tersebut:

1. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today arrested a man suspected of having promised “immunity” from any graft probe to contractors involved in the Penang tunnel-roads project - sumber

2. Dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM – sumber

Yang menjadi persoalannya ialah pihak peguam dan Konsortium Zenith mendakwa mereka tidak terlibat melapor dan mengedar tuntutan konsortium tersebut termasuk surat bertarikh 23 Februari 2018. Perkara ini dinyatakan di dalam surat pegaum tersebut kepada peguam Azeez Rahim.

Jika begitu jawapan peguam Zenith, portal pembangkang MalaysiaKini perlu juga tampil ke hadapan untuk mendedahkan 'sumber yang dipercayai' mereka. Portal itu yang paling awal melaporkan kononnya Azeez Rahim adalah di antara 2 individu yang menerima surat tuntutan pihak Zenith.

Di antara laporan MalaysiaKini:

Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan kepada pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan ahli perniagaan N Gnanaraja masing-masing bernilai RM3 juta dan RM19 juta.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Malaysiakini bahawa jumlah berkenaan dibayar Zenith kepada dua pihak berkenaan bagi khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan berhubung projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km

"Ini bagi memastikan kepentingan konsortium dalam terowong dasar laut Pulau Pinang dan kerja lain berkaitan terjamin dari segi undang-undang," kata sumber itu.

https://www.malaysiakini.com/news/413557#wbhEOOwqpDUHchL4.99

Laporan MalaysiaKini itu kemudiannya telah digunakan secara meluas dan viral oleh puak pembangkang terutamanya puak DAP dan Lim Guan Eng. Di antaranya, Lim Guan Eng telah menuduh Azeez Rahim tanpa usul periksa semasa majlis makan malam Pakatan Harapan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Lihat video :

Rujuk: https://youtu.be/bInTsc3kMTA

Bukan sahaja parti BN malah Tabung Haji juga dikaitkannya.

Lim Guan Eng turut menuding jari kepada parti Barisan Nasional kononnya terlibat. Beliau juga menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai double standard dan macam-macam lagi semasa memberi sidang akhbar sebelum ini.

Sekarang terbukti bahawa tuduhan Lim Guan Eng DAP itu tidak benar langsung.

Terbaru, portal Klxpress melaporkan Azeez Rahim telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Lim Guan Eng.

Ia susulan tindakan Guan Eng yang memfitnahnya berhubung isu terowong dasar laut di Pulau Pinang menerusi laporan berita yang disiarkan oleh media.

“Saya merasakan ini satu perkara dahsyat yang telah fitnah, malah cuba hasut rakyat untuk memastikan kes terowong yang sedang berlaku ini dikelirukan sehinggakan saya terpalit dalam apa yang dinyatakan hari ini.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk hantar tuntutan kepada Guan Eng,” katanya kepada wartawan di Parlimen hari ini.

Surat tuntutan tersebut telah dihantar ke pejabat Guan Eng dan juga rumahnya petang semalam. 

“Dalam tuntutan yang telah dihantar oleh peguam saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah beliau menarik balik semua kata-kata fitnah terhadap saya dan parti keramat UMNO dan Tabung Haji dan juga rakyat Baling.

“Saya juga telah meminta beliau akujanji untuk tidak mengulangi kata-kata fitnah sedemikian rupa terhadap saya

“Dan seterusnya saya meminta memberi saya senarai dari mana beliau mendapat sumber maklumat jika beliau ada,” katanya.

Azeez juga berkata tindakan Guan Eng itu berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan UMNO dan Tabung Haji dalam isu pembinaan terowong dasar laut itu.

Kita minta agar Lim Guan Eng meminta maaf kepada Azeez Rahim, BN dan SPR di atas tuduhan liar beliau.

Apa pun, rakyat Pulau Pinang berasa amat malu dengan perkembangan terbaru ini.

 

 

Sumber

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/videos/1986433848053373/

http://klxpress.com.my/parlimen/30905-parlimen-azeez-rahim-tuntut-guan-eng-tarik-semula-fitnah.html