23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Bersih, Maria `Si pembohong Besar'

Editorial
Typography

BUKAN main`bermatian-matian' Bersih - si penganjur himpunan jalanan haram -  sebelum ini menafikan berpihak kepada pembangkang.

S. Ambiga yang pernah mengetuai Bersih kalau dikaitkan sebagai pro-pembangkang, akan menyindir balik pengkritiknya. Kemudian, apabila Bersih dikepalai Maria Chin Abdullah pun  nadanya serupa. Konon menggambarkan Bersih non partisan.

Tapi dalam bab menipu, Bersih memang `champion'. Rupa-rupanya memang benar `depa' ini ulat atau tali barut pembangkang setelah Maria mengumumkan meletak jawatan dan menjadi calon untuk Pakatan Harapan.

Di sebalik peletakan jawatan Maria, kita rakyat Malaysia mengalu-alukan pendirian terbukanya yang memihak pembangkang.

Eloklah, yang sekali gus bermakna selama bertahun-tahun Bersih menipu rakyat Malaysia kononnya memperjuangkan hak mengadakan pilihan raya bersih dan telus serta menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai `kambing hitam'.

Walhal sebenarnya pegangan dan jiwa Bersih rupa-rupanya cenderung kepada pembangkang.

Patutlah selama ini beria-ia Ambiga dan Maria menganjurkan himpunan jalanan haram sehingga mengakibatkan peniaga dan pihak berkuasa tempatan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian besar dek demontrasi haram anda.

Sebelum ini Bersih menuduh senarai pengundi yang dikeluarkan SPR tidak bersih dan mendakwa SPR tidak memberikan sebarang jawapan ketika isu itu dibangkit oleh kerajaan pimpinan pembangkang.

Peliknya, dakwaan dan tuduhan yang dibuat Bersih sangat bertentangan dengan tindakan berdiam diri mereka  berhubung kemelut yang berlaku pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP sebelum ini.

Terima kasih Maria kerana mendedahkan `wajah pembohongan anda selama ini'.

Cuma ingat satu perkara ini - pengundi tidak suka kepada si penipu.