24
Sab, Jun
723 ARTIKEL BARU

MENCAPAI kejayaan yang dicari lebih manis dan bermakna, berbanding mengharap kejayaan yang sekadar ditunggu. Mencari kejayaan boleh diterjemahkan sebagai berusaha, berikhtiar serta mengatur pendekatan dan kaedah tertentu yang sebaik mungkin agar apa yang menjadi matlamat dapat dicapai pada tahap yang maksima. Manakala istilah ‘menunggu’ kejayaan dimaksudkan sebagai mengharap kejayaan ‘datang bergolek’ dengan meletakkan andaian atau perkiraan tanpa banyak usaha dan tindakan bagi menggapainya.

UMNO sentiasa membuktikan parti itu ‘mencari kejayaan’, bukan ‘menunggu kejayaan’. Pencarian mereka bersifat konsisten atau berterusan. Misalnya, gerak kerja parti itu dalam mengurus dan melayani keperluan rakyat dilaksanakan secara berterusan, bukan bermusim atau berkala. Mereka tidak sekadar ‘menemui rakyat’ menjelang  mana-mana pilihan raya, baik Pilihan Raya Umum (PRU), mahu pun Pilihan Raya Kecil (PRK). Hasilnya, pencapaian UMNO pada setiap pilihan raya membanggakan.

Walau pun berada pada situasi yang meyakinkan majoriti rakyat, khususnya orang-orang Melayu, penting bagi UMNO terus mengutamakan ‘pencarian kejayaan’ bagi menentukan kelangsungan pemilikan kuasa politik demi menaungi

TERNYATA gema dari Muktamar Pas ke-63 di Kedah yang baru berlalu terarah kepada penyatuan ummah. Suatu perkembangan yang tentunya melegakan semua pihak, khususnya umat Islam di negara ini. Demi memertabatkan bangsa dan agama, Pas sesungguhnya sudah mengenali siapa yang patut dijauhi dan pihak mana yang perlu dirapati. Dan jika pun Pas benar-benar memutuskan perhubungan dengan PKR dan PPBM yang sebahagian alasannya bahawa kedua-dua parti itu bersekutu dengan DAP, tidak perlu lagi dipersoal atau

ANTARA yang menarik sepanjang sesi persidangan Dewan Rakyat dua minggu lalu adalah kenderungan ketara ahli-ahi dewan menggunakan bahasa Melayu yang indah dan betul, yang ada kalanya bersalut pantun, beriring madah. Ternyata, ini suatu perkembangan sihat. Bahawa mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan itu memang sepatutnya menjadi pertuturan lazim setiap warga negara Malaysia, baik di mana jua, tanpa mengira kaum atau anutan fahaman politik.

Ada kalangan ahli Dewan yang kurang

DIFAHAMKAN nama Felda disebut dalam satu mesyuarat DAP  awal Januari lalu semasa mempersoalkan keikhlasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertaut dengan parti cauvinis itu. Isunya  berkisar soal pengagihan kerusi dengan PPBM dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Bagaimanapun dalam mesyuarat di  Wisma DAP Pulau Pinang, Jalan Rangoon, George Town  yang dihadiri pemimpin kanan parti itu, pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow  meredakan kebimbangan mereka yang hadir.

Tegasnya, DAP

KESERBA SALAHAN besar yang dihadapi oleh pakatan pembangkang serta tokoh-tokoh pemimpin mereka adalah terpaksa ‘menelan semula’ segala terlajak kata, cemuhan dan kecaman di kalangan sesama mereka sebelum tertubuh kesatuan apa yang dinamakan sebagai ‘Pakatan Harapan (PH)’ seperti yang ada sekarang. Barangkali ada penyesalan di antara satu sama lain, lantaran ada yang tidak pernah menyangka pada suatu ketika mereka akan berpakat dan membina cita-cita besar untuk meruntuhkan kerajaan yang sedia

Cabaran besar yang menunggu para panel dan peserta Kongres Budaya 2017 di Uninversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 15 April depan ialah, mencari cara dan pendekatan berkesan bagi mengembalikan jati diri bangsa agar terus hidup, subur dan tidak ditelan zaman. Ramai yang menganggap Kongres ini tepat pada masa,  setelah sekian lama nilai-nilai budaya dan ciri-ciri ketamadunan bangsa seakan terbiar,  kian menyusut seiring apa yang dianggap pengaruh pemodenan yang tidak ‘terbatas’.

Ciri-ciri

IMPIAN SARAWAK yang diperkenalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak melambangkan hasrat dan tujuan sebenar parti pembangkang itu sebaliknya hanya untuk 'meraih' undi dan memohon sokongan simpati.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei yang mempersoalkan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong dilihat sebagai seorang pemimpin politik yang bukan sahaja tidak matang, tetapi juga berfikiran cetek.

Lebih banyak artikel..