20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Perspektif: 'Wishlist' Warga Batu Pahat

Rencana
Typography

BATU Pahat adalah merupakan satu daerah yang terletak di barat negeri Johor. Bandarnya merupakan bandar yang ke-20 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduk. Selain itu, ia juga adalah bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru.

Untuk perspektif kali ini, KLXpress telah sempat meluangkan masa bertemu dengan beberapa orang penduduk Batu Pahat dan bertanyakan berkenaan kehendak dan pendapat tentang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di tempat mereka.

Berikut adalah sebahagian daripada respon yang telah kami dapatkan.

 

Fader bin Jamzam, Kem Majidee Batu Pahat, Tentera:

"Dataran Batu Pahat macam mati sikit, perlu lebih perbanyakkan aktiviti. Lepas itu kurang jual makan-makan. Jadi penambahbaikan yang boleh dilakukan macam buat kedai makanan bergerak. Jadi lebih banyak orang akan datang berkunjung,"

 

Siti Rokiah binti Salim, Sungai Suloh, Peniaga Warung:

"Pada saya kalau boleh saya nak dibangunkan lagi kampung saya. Kampung saya yang perlu dibangunkan lagi macam kadangkala masih ada masalah banjir. Jadi kalau boleh harap ia diatasilah,"

 

Nordin Ahmad, Sungai Suloh, Nelayan:

"Dengan jalan kita pon tak berapa baik, main tebuk tampal sahaja bukannya turap macam dulu. Saya punya pandangan tebuk tampal itu lagi banyak kos daripada kalau kita turap terus,"

 

Shortini Dimon, Senggarang, Peniaga:

"Saya harap agar dapat tambah baik sistem pengangkutan awam untuk memudahkan orang ramai pergi ke hospital. Kalau guna teksi mahal sikit. Jadi kalau boleh mintak tambah bas,"

 

Mohd Adzhar bin Marwan, Sungai Suloh Besar, Ketua Pembantu Tadbir:

"Penambahbaikan dari segi infrastruktur terutamanya dari segi jalan perhubungan. Kesesakan jalan itu berlaku hampir di setiap jalan menghala ke bandar Batu Pahat. Setiap hari berlaku kesesakan. Jadi ia perlu diperbaikilah,"

 

Cheng Lian Fatt, Bandar Batu Pahat, Pemandu Lori:

"Saya berharap agar tiada kekacauan, kalau boleh nak aman antara semua kaum Melayu dan Cina. Motor kalau parking tak hilang. (Boleh) Bawa cucu main-main dekat taman pon tiada masalah.

"Kalau boleh tambah lebih banyak tempat untuk melanjutkan pelajaran di Batu Pahat sebab bilangan orang muda yang semakin ramai,"

 

Juhaini binti Saperin, Kampung Sungai Suloh, Surirumah:

"Kalau boleh lebih banyakkan bantuan kepada golongan nelayan di kampung-kampung,"

 

Musthaqim Hassan, Sungai Suloh, Bekerja Sendiri:

"Kita harap nanti ada lagi pembangunan dari segi perkhidmatan pengangkutan awam. Perkhidmatan pengangkutan awam kita (di Batu Pahat) masih lagi ketinggalan zaman. Kita nak jadi negara maju. Dari segi yang lain di sini kita sudah baik tapi dari segi pengangkutan itu masih perlu ditambahbaik,"

 

Nasir bin Khalid, Bandar Batu Pahat, Peniaga:

"Nak pemimpin yang senang untuk diajukan permasalahan. Kalau macam pemimpin nak tengok muka pon susah macam mana kita nak selesaikan masalah?"