20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Perspektif: Di Mana Ahli Parlimen Batu Pahat?

Rencana
Typography

JARANG turun padang bertemu pengundi, tiada komitmen sebagai ahli Parlimen, tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya, bahkan ada pengundi yang tidak kenal siapa ahli Parlimen, begitulah reputasi ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tinjauan KLXpress selama beberapa hari di kawasan Parlimen ini mendapati rata-rata pengundi di kerusi berkenaan yang ditemui tidak berpuas hati dengan prestasi wakil rakyat tersebut.

Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan peluang bagi Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi Parlimen Batu Pahat sangat cerah berdasarkan sentimen yang ditunjukkan kebanyakan pengundi di kawasan tersebut terhadap Mohd Idris.

Berikut adalah antara luahan beberapa pengundi di Batu Pahat terhadap Mohd Idris kepada KLXpress.

Siti Rokiah binti Salim, Sungai Suloh, Peniaga Warung

"Rasa saya rakyat jelata di Sungai Suloh ini pon kalau dia (Mohd Idris) datang pun rakyat tak perasan itu wakil rakyat dia. Saya pun tak tau (apa) perkhidmatan dia, setakat ini memang tak nampaklah (bertemu rakyat).

"Berbanding dengan mantan (bekas ahli Parlimen Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi), memang saya akui saya amat puji dia (Puad)..dia mesra rakyat, dia kerap turun, bila ada apa-apa dia akan turun.

"Pada saya rakyat di sini memang lebih kenal Puad berbanding ahli Parlimen kita.

Memang tak nampak ada perubahan daripada ahli Parlimen yang ada sekarang ini.

Kalau (rakyat) ada masalah, mengadu kepada UMNO sebab tak tau nak mengadu kepada dia (Mohd Idris) macam mana,".

Nordin Ahmad, Sungai Suloh, Nelayan

"Ahli parlimen PKR ini komitmen tidak ada dengan masyarakat setempat. Dia tiada turun padang lah di kawasan-kawasan kampung untuk mengetahui masalah masyarakat. Tiada komitmen lah sebagai wakil rakyat.

"Janji-janji semua tidak dilaksanakan. Jumpa masyarakat pun tiada, dia nak laksana (janji-janji) macam mana?

"Bagi kawasan ini saya rasa dia tak popular lah. Jauh beza keadaan berbanding dengan ahli Parlimen dulu. Bezanya sangat ketara. Dia (Mohd Idris) cuma boleh beri cakap sahaja. Banyaklah kerugian kita bila dia jadi ahli Parlimen. Sebagai ketua, pemimpin, kenalah turun padang tengok masyarakat apa keperluan masyarakat, apa yang tak betul dibetulkan,"

Mohd Adzhar bin Marwan, Sungai Suloh Besar, Ketua Pembantu Tadbir

"Jauh beza di antara ahli Parlimen dulu dengan ahli Parlimen sekarang. Saya melihat ahli Parlimen sekarang ini saya tak melihat apa-apa perkembangan. Saya tak nampak apa sumbangan beliau. Dia tak buat apa-apa program yang besar yang boleh mengumpulkan masyarakat. Masyarakat lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan daripada pihak ahli Parlimen yang dulu,"

Musthaqim Hassan, Sungai Suloh, Bekerja Sendiri

"Saya ini memang membesar di Sungai Suloh. Kita ada pengalaman dengan ahli Parlimen dari BN dan dari Pakatan Rakyat.

"Pengalaman kita dengan ahli Parlimen yang ada sekarang ini agak tak menarik. Dia cuma gah dalam perang cyber. Kalau tengok dalam internet itu gah lah nama dia. Tapi benda itu cuma gah pada nama.

"Dia dilantik untuk jadi wakil rakyat samada orang itu ahli UMNO, PKR ataupun PAS, dia (sepatutnya) berkhidmat untuk semua. Tapi yang kita nampak dia cuma utamakan penyokong dia sahaja. Baik tak payah jadi ahli Parlimen, jadi sahaja ketua PKR.

"Ramai pengundi dah menyesal pilih dia pada pilihanraya yang lalu,"

Nasir bin Khalid, Batu Pahat, Peniaga

"Memang jauh beza. Dulu Dr Puad Zarkashi bagus. Tapi yang sekarang ini (Mohd Idris) masuk kawasan kita pun kita tak nampak. Nak kata dia melawat tempat pun memang jarang lah.

"Kalau ada masalah memang kami rujuk kepada UMNO. Kita tidak rujuk kepada ahli Parlimen sebab muka dia pun kita tak nampak.

"(Pengundi) Nak pemimpin yang senang untuk diajukan permasalahan. Kalau macam pemimpin nak tengok muka pun susah macam mana kita nak selesaikan masalah?"

Shortini Dimon, Senggarang, Peniaga

"Tak berapa kenal ahli Parlimen Batu Pahat. Dulu lebih maju sikit. Tapi wakil rakyat yang sekarang ini macam kurang sikit beri perhatian kepada rakyat,"

Ajib bin Nasir, Batu Pahat, Peniaga

"Orang tertentu sahaja yang dia (Mohd Idris) layan. Orang lain dia tak pandang. Waktu mengundi sahaja nanti baru dia senyum-senyum dekat orang. Waktu lain tiada lah dia.

"Nak jumpa dia pun susah, bukan dia ada pun di pejabat. Payah ahli Parlimen sekarang ini, kerja dia hentam kerajaan tapi dia sendiri pun tak betul.

"Lagi baik Umno dulu (jadi ahli Parlimen). Yang sekarang langsung tiada perubahan yang dia lakukan. Makin teruk lagi ada,"

Juhaini binti Saperin, Kampung Sungai Suloh, Surirumah

"Memang tak kenal ahli Parlimen sekarang ini, muka pun tak tau macam mana. Yang kenal pun wakil rakyat UMNO (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang sekarang ini dan juga bekas ahli Parlimen yang dulu (Puad),".