25
Isn, Sep
685 ARTIKEL BARU

Kecetekan Akal Pemimpin DAP Sangat Membingunkan Rakyat Luar Bandar

Rencana
Typography

IMPIAN SARAWAK yang diperkenalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak melambangkan hasrat dan tujuan sebenar parti pembangkang itu sebaliknya hanya untuk 'meraih' undi dan memohon sokongan simpati.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei yang mempersoalkan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong dilihat sebagai seorang pemimpin politik yang bukan sahaja tidak matang, tetapi juga berfikiran cetek.

Malah, bagi Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Nancy Shukri membidas Wong King Wei sebagai pembangkang yang tidak gemar melihat pelaksanaan projek pembangunan  Barisan Nasional (BN) di kawasan luar bandar - bercanggah dengan projek Impian Sarawak yang diperkenalkan mereka sebelum ini.

Menurut Nancy, kegagalan Wong menerima hakikat bahawa kerajaan BN benar-benar berkhidmat untuk rakyat juga mengundang kegagalan pemimpin pembangkang itu menerima aspirasi penduduk luar bandar.

“Saya menerima banyak maklum balas daripada penduduk di kawasan saya berhubung isu ini. Ramai yang kecewa.

“Kenyataan Wong itu telah mengguris perasaan masyarakat di kawasan sekitar kerana mengkritik pembinaan Jambatan Batang Sadong yang telah lama diimpikan mereka,” ujarnya.

Selain Wong, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, dua tahun lepas juga pernah menunjukkan kedangkalan pemimpin pembangkang itu yang mempersoalkan peruntukan RM500 juta yang dipohon BN bagi tujuan pembangunan kawasan luar bandar.

Kecetakan akal fikiran Wong tidak dapat diterima penduduk luar bandar dengan menyifatkan Ketua Pemuda DAP Sarawak itu sebagai anti-pembangunan luar bandar.

Ulasan Wong yang diterbitkan Free Malaysia Today juga membuktikan DAP sebenarnya sangat tidak memperdulikan keinginan dan keperluan penduduk luar bandar.

Apakah tujuan sebenar Wong berbuat demikian? Adakah pemimpin DAP sudah mula terasa bahawa setiap apa yang dibuat kerajaan BN menerusi ADUN BN selepas menang bergaya dalam PRN Sarawak Ke-11 lalu menyebabkan sokongan kepada DAP semakin berkurangan? Juga, rakyat kini mula menaruh keyakinan kepada BN dengan pelaksanaan Rural Transformation Project (RTP) yang sangat diterima khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sukar untuk dinafikan dengan siapnya jambatan itu ia akan memendekkan tempoh perjalanan dengan tempoh tidak kurang sejam atau 70 atau 80 kilometer dari Kuching ke Simunjan, Sebuyau, kawasan pesisir hingga ke Batang Lupar dan seluruh negeri.

 

Selain memendekkan tempoh perjalanan, siapnya Jambatan Batang Sadong itu akan memberi kesan positif terhadap pembangunan ekonomi setempat.