LAWATAN Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Presiden Donald Trump merupakan satu lawatan yang penting dan strategik yang boleh membantu menjamin kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia pada masa-masa akan datang, lebih-lebih lagi dalam menjayakan cita-cita Malaysia menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi bersandarkan Pelan Transformasi 2050 (TN50).
Jemputan Najib ke AS oleh Trump bukan sahaja melambangkan hubungan antara Malaysia dan AS masih intim, rapat dan erat, bahkan menunjukkan AS melihat Malaysia sebagai rakan strategik dalam menjamin kepentingan AS di rantau Asia Tenggara dalam konteks geo-politik dunia. Manakala, bagi Malaysia pula, lawatan Najib ke AS kali ini dilihat amat penting dalam bukan sahaja mengukuhkan sahabatan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak tahun 1957, malah menterjemahkan dalam realiti status ‘comprehensive partnership’ yang diberikan kepada Malaysia pada tahun 2014.
Dalam pada itu, para penganalisis hubungan antarabangsa melihat lawatan ini sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan pentadbiran Trump kepada Najib, selaku pemimpin Malaysian, kerana Najib bukan sahaja dijemput dalam masa tahun pertama Trump menjadi Presiden USA, malah mendahului pemimpin-pemimpin lain di Asia Tenggara untuk mengadakan rundingan dan perbincangan mengenai hal-hal kepentingan bersama. Najib diberi peluang bertemu dengan barisan utama Kabinet kerajaan AS, termasuk Naib Presiden, Setiausaha Negara, penasihat keselamatan Negara, Timbalan Setiausaha Pertahanan, Ketua Staf, Penasihat Kanan Trump dan lain lain anggota kabinet Trump. Pertemuan seperti ini dilaporkan jarang sekali diaturkan bagi pertemuan seseorang pemimpin luar negara dengan Presiden AS.
Umumnya, Trump dikenali sebagai seorang pemimpin dunia yang ada angin malah tidak segan silu menzahirkan pendirian, pendapat dan perasaannya terhadap sesuatu perkara atau isu, termasuk terhadap pemimpin negara lain dalam perjumpaan malah dalam twitternya. Trump dilaporkan pernah tolak berjabat tangan dengan Angela Merkel, Chancellor Negara Germany, dalam satu pertemuan penting di Rumah Putih, Washington. Jadi, tingkahlaku dan mesej dalam twitter Trump boleh dianggap sebagai ‘barometer’ bagi menunjukkan sikap beliau terhadap orang lain atau isu semasa. Dalam hal ini, mesej yang dihantar oleh Trump melalui twitternya terhadap lawatan Najib ke AS menunjukkan beliau bukan sahaja amat terharu dan gembira malah beliau amat menghargai dan hormati lawatan Najib ke AS.
Dalam pada itu, kesanggupan Trump menunggu di pintu masuk Rumah Putih untuk menyambut ketibaan Najib ke Pejabat Oval, Rumah Putih, jelas menunjukkan hubungan antara Najib dan AS adalah masih baik, mesra dan intim. Malah sambutan Trump terhadap Najib dilihat sebagai sambutan luar biasa yang dilihat sebagai penghormatan tertinggi Trump diberikan kepada seorang pemimpin luar.
Pada hemat saya, memandangkan suasana geo-politik kini didapati masih genting malah tidak tertentu kerana pelbagai perkembangan terbaru dalam medan politik, termasuk gejala perluasan pengaruh Cihina di atas Asia Tenggara, penampilan Korea Utara sebagai kuasa senjata bom nuklear di rantau Asia, rebutan kuasa bagi menguasai perairan Lautan China Selatan dan penularan ideologi ISIS atau Daesh di kalangan anak muda Asia Tenggara, Lawatan Najib melawat US pada ketika ini jelas menyerlah kebijaksanaan dan diplomasi tertinggi beliau dalam bukan sahaja mengambil peluang keemasan dalam memperjuangkan kepentingan negara malah menengahkan permaslahan dan keganasaan masyarakat Rohingya di Myanmar.
Hasrat Malaysia membeli kapal terbang Boeing buatan AS yang melibatkan RM $10 bilion dan KWSP melabur di AS bukan bertujuan untuk membantu mengkayakan AS seperti didakwa dan disindir oleh setengah pihak dalam media sosial tetapi. Disebaliknya untuk meningkatkan kemampuan MAS mengendalikan pengangkutan udara pada masa akan datang. Pelaburan KWSP pula adalah bertujuan mempelbagaikan pelaburan sambil menjana keuntungan kepada negara, terutamanya kepada para pekerja dan rakyat Malaysia.
Najib juga dilihat gunakan diplomasi tertinggi dalam memujuk AS, sebagai kuasa besar, untuk tampil hadapan memperhentikan dengan segera keganasaan yang dikenakan kepada masyarakat Rohingya, masyarakat beragama Islam di Myanmar, supaya bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan kepada mereka. Kesimpulannya, lawatan Najib berjaya bukan sahaja mengukuhkan lagi ‘comprehensive partnership’ yang telah terjalin antara Malaysia – Amerika, malah menutup mulut pihak yang menyebar fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan beliau di Amerika. Lawatan Najib ke Cina dan India tempoh hari telah menarik pelaburan bernilai RM31bilion dari Cina dan RM158.4 bilion (AS$36 bilion) dari India. Jadi, lawatan Najib ke AS kali ini juga dijangka akan mendorong syarikat-syarikat gergasi AS terus melabur di Malaysia dalam memantapkan ekonomi sekaligus mensejahterakan rakyat Malaysia.
Datuk M.PeriasamyPenulis ialah Felo JASA, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan KLXpress.