12
Sel, Dis
884 ARTIKEL BARU

Diplomasi Yang Terunggul Terserlah Dalam Lawatan Najib Ke Amerika

Rencana
Typography

MESKIPUN dunia terharu malah mengahayati diplomasi terunggul yang terserlah dalam lawatan Najib ke Amerika Syarikat baru-baru ini, ada pihak tertentu menyerongkan matlamat  lawatan beliau tersebut. Najib melawat AS atas jemputan Presiden Donald Trump bukan atas keinginan sendiri.

Lawatan Najib ke AS pada ketika ini  dilihat  penting dan strategik kerana ianya boleh membantu bukan sahaja melestarikan pembangunan ekonomi, malah boleh menjamin keselamatan negara  pada masa-masa akan datang, lebih-lebih lagi dalam menjayakan cita-cita Malaysia menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi bersandarkan Pelan Transformasi 2050    (TN50).

Jemputan Najib ke AS oleh Trump melambangkan hubungan antara Malaysia dan AS masih erat walaupun pelbagai dakwaaan, tohmahan dan fitnah disebarkan dalam media sosial untuk menimbulkan tanggapan buruk terhadap imej kepimpinan beliau, selaku perdana menteri Malaysia.

Lawatan dan sambutan yang luar biasa disediakan oleh pejabat Presiden Amerika, jelas menunjukkan AS melihat Malaysia sebagai rakan strategik dalam menjamin kepentingan AS di rantau Asia Tenggara dalam konteks geo-politik dunia.  

Manakala, bagi Malaysia pula, lawatan Najib ke AS  kali ini  adalah  amat penting kerana ianya  bukan sahaja mengukuhkan sahabatan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak tahun 1957,  bahkan menterjemahkan dalam realiti status ‘comprehensive partnership’ yang dianugerahkan kepada Malaysia oleh AS pada tahun 2014, iaitu kerjasamasa yang erat dalam bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan, menangani ancaman keganasan dan lain-lain bidang kepentingan bersama.

Dalam pada itu, lawatan ini juga melambangkan satu  penghormatan tertinggi diberikan kepada Najib oleh Trump kerana beliau dijemput melawat Rumah Putih dalam waktu tahun pertama Trump menjadi Presiden, malah mendahului pemimpin-pemimpin lain di Asia Tenggara.

Najib  juga diberi peluang  bertemu dengan barisan utama kabinet kerajaan AS, yang dilaporkan jarang sekali diaturkan bagi pertemuan seseorang pemimpin luar negara melawat Rumah Putih.

Memandangkan suasana geo-politik kini didapati masih genting dan tidak menentu kerana pelbagai  perkembangan terbaru dalam medan politik, termasuk  gejala perluasan pengaruh China di atas Asia Tenggara, penampilan Korea Utara sebagai kuasa memiliki senjata Peluru Berpandu Balistik di rantau Asia,  rebutan kuasa dikalangan beberapa negara  bagi menguasai perairan Lautan China Selatan dan penularan  ideologi  keganasan kesasn perkembangan ISIS atau Daesh di kalangan anak muda Asia Tenggara, maka pada hemat saya,  lawatan Najib ke AS pada kali jelas mempaparkan keunggulan diplomasi kepimpinan kerajaan Najib dalam  menguruskan hubungan luar negera.

Najib juga didapati bijak dalam mengambil peluang lawatan ini dalam memujuk Amerika, selaku kuasa besar malah berpengaruh dalam Bangsa-Bangsa Bersatu, tampil hadapan untuk memperhentikan keganasaan yang mengalami oleh masyarakat Islam Rohingya  di Myanmar.

Dalam lawatan ini, Najib dilaporkan umum Malaysia  hasrat membeli kapal terbang Boeing buatan AS (25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan pesawat 787 Dreamliners)  yang melibatkan RM $10 bilion dan  KWSP  melabur di AS.

Hasrat Malaysia tersebut  bukan bertujuan untuk membantu mengkayakan AS seperti didakwa dan disindir oleh setengah pihak, tetapi disebaliknya adalah untuk meningkatkan keupayaan MAS mengendalikan penumpang dalam negeri dan pelancong ke Malaysia yang kian meningkat.

Pelaburan  KWSP pula adalah bertujuan mempelbagaikan pelaburannya agar menjana  keuntungan  daripada pelbagai sumber, malah elakkan risiko bergantung kepada pelaburan dalam negeri. Pelaburan KWSP di AS di masa-masa lalu terbukti membawa keuntungan besar  kepada KWSP, sekaligus negara. KWSP yang mempunyai dana lebih daripada RM 760 bilion dilaporkan bukan hanya melabur di AS  bahkan  di 39 negara lain.

Kesimpulannya, lawatan Najib berjaya mengukuhkan lagi ‘comprehensive partnership’ yang telah terjalin antara Malaysia – Amerika.  Lawatan Najib ke As dijangka  akan mendorong syarikat-syarikat gergasi AS terus melabur di Malaysia dalam memantapkan ekonomi sekaligus  mensejahterakan rakyat Malaysia.

Najib dan rombongannya  dilaporkan menghabiskan lebih daripada satu jam untuk mengadakan perbincangan sesama mereka bukan lima minit seperti disebar luas oleh setengah pihak dalam media sosial.

Kesungguhan dan komitmen kerajaan kepimpinan Trump mengadakan perbincangan, bagi kepentingan jangka panjang bagi kedua –dua negara,  jelas terbukti AS menolak segala dakwaan dan tohmahan yang disebarkan oleh pihak tertentu terhadap kepimpinan dan kewibawaan Najib.

Sehubungan ini, warga Malaysia tidak harus percaya pembohongan yang disebarkan oleh kumpulan tertentu dalam media sosial  terhadap  lawatan Najib ke AS. Disebaliknya, rakyat Malaysia harus turut bangga bersama dunia dalam menghargai dan menghayati kebolehan dan kebijaksanaan malah  diplomasi terunggul yang menyerlah dalam lawatan Najib ke AS.

 

Datuk M.Periasamy
Penulis ialah Felo JASA, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan KLXpress.