19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

PRU14: BN Dijangka Menang Majoriti 2/3

Rencana
Typography

MASYARAKAT Cina atau Tionghua  menyambut  Tahun Baru Cina pada  16-17 Februari 2018.  Menurut Kalender Cina,  tahun baru Cina pada kali ini  jatuh pada  bulan ke sebelas,  iaitu bulan ‘anjing bumi’  dalam kalender Zodiak Cina.

Menurut Fengsui dan kepercayaan masyarakat Cina, angka 11 mengambarkan ‘seimbang’. Malah pihak pakar  Fengsui meramal Tahun Baru 2018 akan mendatangkan ‘tuah’ atau keuntungan kepada mereka pada kadar 8/10. Ini merupakan bukan sahaja  berita gembira malah membawa harapan kepada kaum Cina terutamanya komuniti peniaga Cina.

Dalam pada itu, sejak perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak membayangkan  Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14)  akan diadakan sebelum 14 Julai 2018,  pelbagai andaian dibuat terhadap  sokongan pengundi Cina  yang didakwa menimbulkan  ‘tsunami Cina’ politik pada  PRU-13. Persoalannya, apakah pola kecenderungan politik pengundi Cina pada PRU-14?

Menurut analisa statistik daftar pemilih terbaru, jumlah pengundi Cina berdaftar adalah sejumlah  4,258,000 (29.5%) daripada keseluruhan  pengundi berdaftar iaitu sebanyak  14,806,185 pengundi  pada PRU-14. Pengundi Cina  didapati  bertaburan di hampir  60 kawasan dengan lebih 20 perataus berbanding dengan lain-lain kaum. Dalam  jumlah kerusi itu,  hampir 38 kerusi Parlimen adalah letak di Bandar.

Pada PRU-13, pengundi Cina dikesan memihak kepada Pakatan Pembangkang yang menyebabkan DAP  menang 31 kerusi daripada 51 , PAS menang 21 kerusi daripada 74 , PKR menang 30 daripada 99  kerusi yang bertanding.  Sokongan pengundi  Cina memihak  Pakatan Pembangkang  disifatkan sebagai ‘tsunami Cina’ pada PRU-13.

Namun, scenario politik semasa berubah sejak PAS memutuskan hubungan politik  dengan DAP. Lebih-lebih lagi sejak Pakatan Harapan ditubuhkan diterajui  Tun Dr. M. Sebahagian besar  pengundi Cina kini didapati  bukan sahaja rasa bingung  malah menyampah  dengan kepimpinan DAP,  khususnya di Pulau Pinang dan Selangor, kerana  kepimpinan DAP didakwa menghadapi pelbagai  masalah dalaman, termasuk  masalah Projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dan dakwaan salahguna  kuasa  selaku ketua menteri P.Pinang. Malah pencalonan Tun M sebagai calon PM  juga didapati mengecewakan  pengundi Cina. 

Dalam pada itu,  kecenderungan politik pengundi Cina umumya  dikaitkan dengan kepuasan hati mereka terhadap prestasi ekonomi negara. Misalnya, pada PRU-10 tahun 1999, meskipun  sebahagian besar pengundi  Melayu  bersama pembangkang terutamanya menyokong PKR  yang dipimpin oleh  Dato Seri Anwar Ibrahim,  apabila Anwar dipecat daripada UMNO kepimpinan Tun M,  BN  menang  besar,  luar jangkaan  kerana  sebahagian besar pengundi  Cina  menyokong  hebat  BN. Pengundi Cina menyokong BN kerana  mereka  puashati dengan BN yang berjaya  mengelak  Malaysia  dilanda  kegawatan ekonomi, sedangkan ketika  itu  dunia  dilanda dengan krisis ekonomi.

Bersandarkan pola pemikiran pengundi Cina tersebut, maka prestasi ekonomi semasa dijangka akan mempengaruhi kecenderungan politik pengundi Cina pada PRU-14. Masyarakat Cina  dikesan  amat  puas hati dengan prestasi ekonomi negara. 

Misalnya, nilai  ringgit  yang susut pada tahun lepas kini  semakin meningkat, ekspot negara  meningkat dan pelaburan asing langsung  pula  turut mencatat peningkatan. Misalnya,  Pelaburan Langsung Terkumpul meningkat daripada 270.5 bilion kepada 546.6 bilion. Malah saiz ekonomi negara meningkat daripada RM 698.64 biliion kepada RM 1.23 trillion,  nisbah defisit keajaan turun daripada 6.7 kepada 3.1 peratus , Aset Luar Bank Negara pula meningkat  RM 331.3 bilion kepada 424.1 RM billion.  Jumlah aset pelaburan negara di luar negara juga   meningkat daripada RM  896 kepada RM  1.73 trIlion. 

Pertumbuhan ekonomi pula mencecah 5.9 perataus pada tahun 2017,  lebih hebat daripada Amerika Syarikat (2.5 %), UK (1.4 %) , Jepun (1.4 %),  Jerman (2.4 %) dan  Singapura (2.5 %).   Prestasi cemerlang  ekonomi negara didapati  mendororong Institusi-institusi Kewangan Dunia  seperti IMF dan Bank Dunia keluarkan laporan  mengakui  dan meyakini  pertumbuhan  ekonomi  Malaysia  akan terus kembang pada masa-masa akan datang.    

Justeru, pestasi ekonomi negara yang cemerlang dijangka akan mendorong pengundi Cina memihak BN  pada PRU-14  malah membantu BN menang 2/3 majoriti kerusi parlimen pada PRU-14.

 

0leh : Datuk  M.Periasamy,  Penganalisis Politik, Felo Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi  dan Multimedia Malaysia