21
Kha, Jun
80 ARTIKEL BARU

Pengakuan Terbaru Mahathir Tentang Kes Liwat Anwar

Editorial
Typography

Semasa temuramah Dr Mahathir Mohamad dengan Sin Chew baru-baru ini, beliau cuba menuding jari kepada pihak polis. Beliau mendakwa ‘no choice’ atau tidak ada pilihan untuk memecat Anwar Ibrahim setelah diberi bukti-bukti oleh pihak polis.

Benarkah beliau ‘no choice’?

Kenyataan Mahathir itu ternyata satu pembohongan besar kerana beliau sebenarnya ‘ada choice’ dan keputusan memecat Anwar Ibrahim adalah keputusan beliau.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau di sesi ceramah di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada 21 November 2017. Ketika itu, Mahathir telah mengelak dan berkata apa yang dilakukan terhadap Anwar adalah keputusan polis.

Sebenarnya,  3 tahun sebelum Anwar ditangkap, Mahathir sudah pun menerima laporan aktiviti songsang dan salahlaku Anwar daripada pihak polis. Tetapi Mahathir tidak meminta pihak polis mengambil tindakan.  

Mahathir mendakwa beliau tidak mahu percaya laporan polis.

Yang mengejutkan ialah pendedahan bahawa Mahathir telah menghantar Tun Hanif Omar bertemu Anwar untuk menasihatkan beliau bahawa polis tahu tentang salah laku seksualnya dan aktiviti lain dan Anwar mesti menghentikannya sebelum ia diketahui umum. Anwar tidak pernah menafikan pertemuan tersebut.

Maksud mudah, Mahathir ada choice dan keputusan memecat Anwar adalah keputusan beliau.

Satu lagi perkara yang diputar belit oleh portal-portal pembangkang ialah kononnya  Anwar dibebaskan pada 2004 kerana beliau tidak meliwat memandangkan kes liwatnya dibatalkan.

Portal-portal pembangkang gagal atau sengaja menyembunyikan fakta-fakta bahawa hakim-hakim mendapati cukup bukti yang mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual dan ianya berlaku.

 Keputusan dua daripada tiga hakim seperti berikut,

“Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun 2 di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

“Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.” Kata Mahathir Mohamad.

Maksudnya, Anwar dibebaskan kerana alasan teknikal bukan menidakkan aktiviti songsang beliau itu.

Sehingga ke saat ini, Mahathir masih berpegang dan percaya bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti songsang. Kerana itu juga penganalisis politik berpendapat bahawa Mahathir tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim jika Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.

Yang berlaku sekarang hanyalah sandiwara Mahathir supaya dipercayai oleh kepimpinan dan penyokong-penyokong PKR, DAP dan PAN.