17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

Guan Eng Melenting! Foto Tidak Berkasut Dengan Suspek Rasuah RM19 Juta

Editorial
Typography

Sebelum ini, parti DAP terpaksa bertaichi apabila beberapa foto yang 'mirip' Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya sedang berpelukan serta bermesraan di khalayak ramai telah tular di media sosial. Mereka berdua telah menafikannya dan menuduh pihak lawan memfitnah mereka.

Nafi dan sebagainya tetapi pada awal Mac 2018, Zairil dan Dyana telah bertunang.

Isu foto juga telah menyebabkan Lim Guan Eng marah, malah mahu mengambil tindakan undang-undang. Isunya ialah foto mirip beliau dan Datuk Seri Gananraja yang  tular di media sosial.

Untuk rekod, SPRM telah membekukan 4 akaun bank yang mengandungi RM3.6 juta dan merampas 4 kereta mewah serta rumah bernilai RM2.5 juta milik Datuk Seri tersebut.

Media juga melaporkan SPRM telah menahan 'Datuk Seri tersebut selepas dipercayai terlibat menerima wang bernilai RM19 juta daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd. Beliau  didakwa menerima RM2 juta kemudiannya RM15 juta dibayar kepada sebuah syarikat dan RM2 juta pada Ogos yang lalu.

Jika kita lihat foto, dua individu itu tampak begitu mesra berada di satu lokasi mewah seperti kediaman. Mereka berdua juga hanya berstokin tidak berkasut

Seperti biasa, Guan Eng begitu cepat menunding jari kepada BN, pihak media termasuk beberapa akhbar berbahasa Cina. Beliau mendakwa foto ini adalah untuk menjatuhkan maruah beliau dan tidak patut kerana hanya merujuk kepada sekeping foto sahaja.  

Padahal, pihak-pihak tersebut tidak menuduh tetapi sekadar menanya dan meminta jawapan daripada Lim Guan Eng.

Portal-portal propaganda pembangkang pula telah potong (crop) foto tersebut supaya tidak nampak kedua-dua individu itu tidak berkasut.

Selain daripada marah, Lim Guan Eng juga cuba mengalih isu ini dengan menunjuk sekeping foto Wong Chun Wai, CEO The STAR media group (SMG) yang juga merupakan seorang wartawan dengan Datuk Seri tersebut.

Melucukan kerana sebelum ini beliau melenting dan mendakwa pihak yang bertanya hanya merujuk kepada satu keping foto sahaja. Sekarang, Guan Eng sendiri yang tunjuk satu keping foto sahaja.

Wong Chun Wai telah memberi respons. Foto itu diambil pada malam 8 Ogos 2017 di 'StarProperty.my Real Estate Awards Night 2107' di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Majlis itu dianjurkan oleh Star Property, iaitu anak syarikat SMG. 

Foto bertiga itu juga semasa acara umum dan bukan di kediaman persendirian seseorang. Wong juga memakai kot hitam dan berkasut ketika gambar itu diambil tidak seperti foto yang menyerupai Guan Eng dan suspek tersebut yang hanya berstokin.

Lim Guan Eng jadi bahan lawak kerana rakyat tahu bahawa wartawan akhbar The STAR tidak terlibat dalam skandal kontroversi mega terowong bawah laut billion ringgit wang rakyat.

Tetapi sangat jelas bahawa Lim Guan Eng DAP memang ada kaitan kerana kerajaannya yang memberi projek mega tersebut kepada sebuah konsortium yang secara tidak langsung mengaku wujudnya pemberian wang apabila menyaman dua individu kerana didakwa ‘gagal menjalankan tugas’ seperti perjanjian dengan Zenith pada Julai 2017.

Penulis tidak pasti penasihat Guan Eng yang mana satu telah mencadangkan kaedah diversion sebodoh ini, begitu juga tuduhan melulu terhadap Datuk Seri Azeez Rahim.

Pada 12 Mac 2018, peguam Azeez telah menyerahkan notis saman fitnah terhadap Guan Eng. Notis saman itu merujuk kepada kenyataan-kenyataan fitnah Guan Eng terhadap Abdul Azeez yang dibuat di 2 lokasi iaitu dalam sidang akhbar pada 28 Februari lalu dan ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Penang Development Corporation pada 1 Mac lalu.

Bacahttp://klxpress.com.my/editorial/30911-fitnah-azeez-rahim-guan-eng-dap-di-beri-4-hari-untuk-meminta-maaf-atau-saman.html

Dan sehingga ke saat ini, kita hairan kenapa konsortium Zenith perlukan khidmat 'immunity from any graft probe' jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan atau penipuan?

Malah, kerajaan DAP negeri tidak bersegera untuk mendapatkan jawapan daripada konsortium Zenith padahal isu ini benar-benar telah merosakkan lagi nama DAP yang telah pun busuk serta tidak dipercayai lagi.