17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

Pembangkang Semakin Terdesak Undang Campur Tangan Asing 

Editorial
Typography

NAK dekat sangat pilihan raya umum ke-14 ini, tak semena-mena lah isu lama `disegarkan’  untuk mencanainya menjadi berbahang semula. Begitulah yang berlaku apabila ahli parlimen parti Sosial Demokrat dari Switzerland, Carlo Sommaruga mencadangkan supaya wang yang kononnya `terkait dengan 1MDB di negara itu di kembalikan kepada rakyat Malaysia’.

Padahal, usul ini pernah dibawa tahun lalu lagi tetapi Kabinet Switzerland telah menyebut dengan jelas bahawa usul ini ditolak kerana bercanggah dengan asas undang undang.

Perkembangan terbaharu yang cuba dihangatkan kembali oleh Sommaruga yang diketahui mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh pembangkang dan badan bukan kerajaan  anti- kerajaan di Malaysia terang-terangan merupakan suatu bentuk campur tangan asing dalam negara ini.

Sebelum PRU-13 lagi, Sommaruga jugalah orangnya yang membangkitkan isu dengan kaedah dan `timing’ yang hampir serupa seperti hari ini, yakni menjelang pilihan raya umum dengan menyasarkan ahli politik tertentu.

Dan seperti diduga, Parlimen Switzerland telah menolak usul waki parti Sosial Demokrat  ini.

Sommaruga bagaimanapun bukan individu terbaharu yang cuba memburukkan kerajaan Malaysia dari luar. Sebelum ini sudah ada keterlibatan individu warga asing terhadap urusan dalaman negara ini termasuk penglibatan pengendali portal Sarawak Report, Clare Brown yang sering memburukkan kepimpinan negara.

Seorang lagi warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand suatu ketika turut  mendedahkan Justo pernah memeras ugut bekas majikannya, syarikat PetroSaudi International bahawa kononnya dia memiliki dokumen rahsia.

Justo juga mengaku pernah bertemu Clare selain tokoh bisnes dan politik Malaysia berhubung pertukaran dokumen kononnya bukti penyelewengan 1MDB yang sebenarnya adalah palsu.

Baru-baru ini juga,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut berperanan untuk cuba menyebarkan berita palsu seolah-olah ada wang 1MDB (maka ia wang rakyat) yang ditahan di Switzerland.

Sekiranya usul itu diluluskan, maka Pakatan Harapan akan beroleh laba politik di saat mereka terus buntu dan strategi berita palsu atau fake news satu persatu kantoi separuh jalan..

Mereka masih mahu memberi gambaran kepada rakyat bahawa `1MDB kehilangan wang atau wang 1MDB  dicuri’ serta cuba menyasarkan tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai senjata menjatuhkan Perdana Menteri.

Tapi sekali lagi mereka beroleh malu. Ahli Parlimen negara maju seperti Switzerland bukan cap ayam seperti sesetengah dari kita di sini.

Malah sewaktu usul ini di bawa tahun lalu,kabinet Switzerland telah menyebut dgn jelas usul ini harus di tolak kerana bercanggah dgn asas undang undang.

Sudahlah wang RM430j yg di rujuk itu bukan dari 1MDB,malah 1MDB sendiri berkali kali menegaskan mereka tiada kehilangan apa apa wang.

Perlu difahami bahawa 1MDB menjalankan urus niaga dan pelaburan dengan atau melalui pihak tertentu dan kebertanggungjawaban mereka terhad setakat mana dan dengan siapa mereka berurusan.

Apa-apa perkara yang berlaku dan dilakukan orang lain, apa lagi di negara lain dengan wang yang dilabur mereka adalah sama sekali di luar kuasa 1MDB.

Yang penting 1MDB melabur secara sah dan telah mendapat kembali pelaburannya malah dengan keuntungan.

Mana mungkin setelah beroleh pulangan dari pelaburannya dan dengan tiada kehilangan apa-apa, 1MDB mahu menuntut wang pelaburan yang sudah menjadi hak orang lain sebagai hak mereka.

Lainlah kalau 1MDB kehilangan wang mereka. Jika  itu berlaku semestinya kehilangan itu dicatat dalam akaunnya. Dan  akaun itu sudah diperiksa lumat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli-ahli parlimen Pas, PKR DAN DAP.

Ingat tak suatu insiden pada April 2016  ketika urus niaga1MDB sibuk dicanang oleh DAP sebagai ‘penyelewengan dan rasuah terbesar’, Naib Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tampil dengan kenyataan yang bertentangan sama sekali dengan Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain.

Kata Seng Giaw, Najib tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh syarikat 1MDB berdasarkan siasatan PAC.

Seng Giaw  menyatakan, adalah tidak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.Malah, katanya lagi, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB sahaja dan selain daripada itu tiada kaitan.

“Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami (PAC) kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

“Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” kata Seng Giaw.

Apa pun, Pakatan Harapan memang benar-benar mahu membina persepsi `wang dicuri’, yang memalukan kerajaan Malaysia, sekali gus mengundang campur tangan asing seperti Sommaruga dan Clare.