18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

Kalau Benar Pertahan RAMD, Hapuskanlah Dulu Malaysian Malaysia

Editorial
Typography

DAP akan mempertahankan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)? Eh! benar. Bukan mimpi. Bukan juga kenyataan palsu tau sebab itu kenyataan dikeluarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Okey, kalau benar itu keluar dari mulut veteran DAP itu, ada beranikah Kit Siang untuk hapuskan konsep Malaysian Malaysia yang sentiasa dibawa dan diperjuangkan parti itu selama ini?

Hei! Kit Siang, anda tahukah bahawa Rejimen Askar Melayu DiRaja (atau Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer Diraja merupakan pasukan tempur infantri utama di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Askar Melayu kini mempunyai kekuatan 25 batalion.

Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer Diraja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.

Jadi, sudah berubah fikirankah Kit Siang (Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja)?

Apa pun, sesiapa pun mengenali Kit Siang percaya orang kuat DAP ini tidak sama sekali akan memansuhkan konsep Malaysian Malaysia yang ditunggangnya selama ini.

Asas penubuhan DAP dan perjuangannya masih berpaksikan kepada ideologi sosialis dan sekular dengan membawa konsep sedemikian rupa.

Perjuangan Malaysian Ma­laysia atau dikenali Middle Malaysia, berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.

Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara 'sekular'. Ini juga bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP  sering menguar-uarkan kononnya parti itu bukan rasis. Kalau begitu, mansuhkanlah Malaysian Malaysia  konsep inilah sumber kepada sikap DAP yang diragui oleh banyak pihak sebagai tidak sesuai dengan jati diri nasional Malaysia yang majmuk.

Jadi, buat orang tergelak sahaja mendengar Kit Siang mahu mempertahankan RAMD.