22
Isn, Okt
36 ARTIKEL BARU

Manifesto BN Menyakinkan, Dinamik 

Editorial
Typography

MENYAKINKAN. Manifesto Barisan Nasional (BN) berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)  bersifat lebih realistik berbanding manifesto yang dilancarkan oleh gabungan pembangkang PKR. Ia merangkumi satu pakej lengkap yang mengambil kira keperluan semasa semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Inilah dikatakan janji yang mendahulukan rakyat.

Segala intipati dibentangkan diyakini dapat mengurangkan kos sara hidup dan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa.

Manifesto yang meletakkan harapan dan landasan ke arah Transformasi Nasional (TN50) untuk negara maju ini terserah kepada rakyat untuk menilai track record kerajaan selama hampir lima tahun Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara perbezaan ketara adalah manifesto BN  mencakupi keperluan utama setiap negeri dan tidak sahaja berbentuk pengumuman secara umum sahaja.

Tiada satu negeri pun yang tidak dijanjikan kemajuan, termasuklah tiga negeri yang kini berada di bawah pentadbiran pembangkang.

Bagi Pulau Pinang, tidak lain keperluan perumahan rakyat yang cukup adalah perkara yang terpenting. Di Kelantan pula, sebuah lebuh raya yang menjejak ke negeri itu daripada ibu negara perlu diadakan.

Kerajaan BN membuktikan ia menetapi janji dan membawa harapan kepada rakyat. Manifesto kali ini membuktikan kerajaan mementingkan kebajikan rakyat selaras dengan slogan Rakyat didahulukan. Inilah masa untuk rakyat membuat keputusan ke arah mencapai masa depan negara yang lebih cerah.

Agenda Melayu-Bumiputera adalah antara agenda besar yang tidak boleh diabaikan. Bagi tujuan itu satu agenda besar yang dikenali sebagai “Tranformasi Ekonomi Bumiputera 2.0” akan dilaksanakan habis-habisan menerusi manifesto yang dijanjikan.

Agenda inilah yang membuatkan kroni yang bernaung di bawah kepimpinan silam menjadi gementar. Ekonomi Malaysia tidak boleh lagi sekadar terpusat kepada satu-dua syarikat tauke dan kroni. BN menyedari perlu peluang lebih besar dan secukupnya kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang layak.

Manifesto BN telah dibentangkan dengan realiti apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

Akhir kalam, kerajaan telah meningkatkan pendapatan negara sebab itu kita boleh memberi.