23
Isn, Apr
913 ARTIKEL BARU

PKR Dan Mahathir ‘Kuda Tunggangan’ DAP PRU-14

Editorial
Typography

TERDESAK! Mungkin itu adalah gambaran yang tepat untuk ditujukan kepada DAP. Dalam usahanya untuk menang pada Pilihanraya Umum Ke-14, parti dominasi anak-beranak ‘Dinasti Lim’ itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah untuk menggadaikan logo ‘roket’ yang sudah sinonim dengan mereka sejak sekian lama.

Lim anak-beranak sememangnya sedar, untuk menang pada PRU-14 mereka memerlukan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu. Tanpa sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu, amatlah mustahil untuk mereka merampas kuasa daripada Barisan Nasional (BN). 

Dan untuk mendapatkan undi orang Melayu pada PRU-14, DAP tidak akan menggunakan logo partinya sendiri kerana mereka sedar orang Melayu tidak akan sesekali memangkah pada lambang roket mereka.

Justeru itu, langkah mereka mengumumkan untuk guna pakai lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya hanyalah umpan untuk memancing undi orang Melayu. Dan oleh kerana itu jugalah maka pengundi-pengundi Melayu seharusnya tidak termakan dengan helah Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP ini untuk mengguna pakai logo PKR.

Satu lagi helah yang digunakan oleh DAP untuk mengelirukan para pengundi Melayu adalah dengan ‘memperkudakan’ Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Imbas kembali sekitar tahun 2016, bekas Ketua DAP bahagian Teluk Intan Hew Kuan Yau mengakui bahawa DAP menganggap Mahathir sebagai kuda tunggangan dan alat untuk menggulingkan kerajaan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kuan Yau menerusi sebuah video yang dimuat naik ke portal Malaysia Today berkata, pihak berkepentingan harus menggunakan peluang menunggang kuda Mahathir untuk mencapai agenda menjatuhkan Najib.

"Hari ini aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib.

"Kami (DAP) gunakan Mahathir untuk jatuhkan Najib," Kuan Yau yang juga dikenali sebagai Superman DAP itu dipetik sebagai berkata.

Dan oleh kerana itu amatlah penting untuk pengundi-pengundi Melayu semua sedar akan perkara ini. DAP hanya mempergunakan atau memperalatkan logo PKR dan Mahathir semata-mata untuk ‘membangsatkan’ orang Melayu. Ini kerana hakikatnya dalam pakatan pembangkang itu, DAP lah sebenarnya yang paling berkuasa, ‘top dog’. 

Justeru itu, menjelangnya PRU-14 ini para pengundi seharusnya ingat dan sedar bahawa setiap undi kepada PKR adalah sebenarnya undi untuk DAP!