20
Isn, Ogs
62 ARTIKEL BARU

Pulau Pinang Tidak Disisihkan Pusat

Editorial
Typography

KUNJUNGAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang semalam membuktikan Kerajaan Pusat sama sekali tidak meminggirkan Pulau Mutiara yang sudah dua penggal ditadbir DAP.

Bahkan, selama ini peruntukan pembangunan yang diterima Pulau Pinang daripada Pusat lebih lebih tinggi berbanding tiga negeri utara lain (Perlis, Kedah dan Perak).

Pulau Pinang masih tetap di hati Najib dengan kebajikan rakyat di negeri itu terus dibela. Terbaharu semalam,  Perdana Menteri turut mengumumkan kutipan tol motosikal dua jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan dihapuskan jika Pulau Pinang kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

Jelas, sudah terang lagi bersuluh dalam tempoh 10 tahun ini keadaan alam sekitar  Pulau Pinang cacamarba. Bukit ditarah sana sini untuk mengejar pembangunan.

Ketika era BN, kerajaan negeri mengawal isu-isu alam sekitar. Tidak dibenarkan tarah bukit dan hutan sewenang-wenangnya untuk dibina  rumah/projek. Jika mahu dibina pun, tidak boleh melebihi 250 kaki tinggi. Sekarang, kerajaan negeri tidak kawal, buka bukit, tarah sehingga puncak bukit.

Dari Jambatan Pulau Pinang pun sudah nampak jelas `potong bukit botak habis’. Malah, waktu ini dalam kampung pun  di Pondok Upeh, Balik Pulau Pinang sudah tersergam banglo yang berharga RM1 juta dan RM2 juta. Pembinaan sebegitu menyebabkan tanah ditambun tinggi, akibatnya mudarat banjir di sekeliling.

Begitu jugalah dengan nasib diterima dalam pembinaan rumah mampu milik. Pelan tanah selama enam tahun untuk pembinaan rumah mampu milik tidak diluluskan.

Sudah diluluskan pun, selama dua tahun urusan pelan bangunan tidak selesai. Contohnya, agensi kerajaan Pusat, Perda dan JKP Sdn. Bhd. mempunyai dana untuk membina rumah tetapi kelulusan lambat diperoleh.

Perda contohnya bina rumah mampu milik di Kuala Sungai Pinang. Sebanyak 230 unit rumah berharga RM42,000 dan RM62,000  siap dengan peruntukan kuota hanya 30 peratus untuk bumiputera. Berdasarkan senarai pun, majoriti pemiliknya orang luar dari Balik Pulau. Sedikit sahaja penduduk di situ.

Benarlah kata Perdana Menteri semalam ketika berucap di hadapan penduduk Balik  Pulau bahawa ``saya mai sini bukan nak lihat banglo baharu atau terowong yang tak siap-siap, tapi  mai untuk lihat perubahan yang bakal dibawa oleh BN di Pulau Pinang”.

Kata Najib lagi: “Memang sebagai sebuah parti yang menjadi  kerajaan hari ini, tidak siapa dapat nafi kita ada track record yang cemerlang dalam mentadbir  serta mengurus negara kita.”