19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

Sasaran `Dua Serampang’ DAP, MB Perak Dan TPM?

Editorial
Typography

KENA `baca’ lebih mendalam atau `baca dua kali’ apa kali ini muslihat DAP. Agaknya apa yang sedang berlegar-legar di fikiran DAP apabila meletakkan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai calon parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Perak kali ini.

Tidak sekadar menyasarkan jawatan Menteri Besar dengan Undang-Undang Tubuh negeri Perak mengatakan bahawa Menteri Besar mestilah seseorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, DAP sebenarnya terus menyusun strategi andai calon Melayunya menang nanti, pasti akan  ada pelantikan lebih ramai pemimpin Melayu dalam parti itu untuk dijadikan 'boneka', sekiranya mereka berkuasa kelak.

Menyedari kegagalan untuk menempatkan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham ke jawatan Menteri Besar Perak pada  2008,  DAP dikatakan kali ini lebih bersedia.

Kali ini bukan sahaja mahu menjadikan Abdul Aziz sebagai bahan uji kaji atau eksperimen calon Melayu Islam untuk ke jawatan MB Perak, malah turut memfokuskan kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Orang Melayu jangan terkejut pula apabila DAP berkehendakkan jawatan TPM jika  kemenangan DAP di Perak pada 2008 dijadikan suatu `rujukan’ atau dengan kedudukannya nanti yang diuar-uarkan bakal meraih jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan `parti-parti picisan Melayu’  dalam gabungan pembangkang PKR.

Ingat tak lagi pada 2008 apabila veteran DAP, Lim Kit Siang mahu DAP dipilih sebagai menteri besar, tetapi terhalang oleh undang-undang tubuh negeri Perak, maka  beliau terpaksa terima  Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai wakil (ketika itu) untuk menjadi MB Perak.

Realitinya, keinginan DAP mahu meraih satu dua kedudukan penting dalam pentadbiran negeri (MB)  dan kerajaan (TPM) tidak pernah padam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM sebelum ini mendedahkan DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kata Dr. Mahathir,  DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.

Permintaan DAP untuk menjadi timbalan perdana menteri didedahkan terlebih dahulu oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa wujudnya pakatan sulit antara Dr. Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya, jika gabungan pembangkang PKR menang pilihan raya akan datang.

PPBM dan DAP menafikan pendedahan itu dan berkali-kali mengugut untuk menyaman Tunku Aziz. Bagaimanapun hingga kini tiada saman difailkan terhadap ahli politik veteran itu.

Tidaklah pelik jika wakil Melayu daripada DAP kena perlu ikut apa yang diperkatakan oleh Kit Siang, Setiausaha Agung DAP dan pemimpin lain dalam parti itu. Kena ikut telunjuklah kalau sudah jadi calon macam Abdul Aziz.

Contohnya sudah ada apabila DAP menang di Perak pada 2008 dan Nizar jadi MB Perak manakala Koo Ham jadi exco kanan.

Malangnya  Nizar yang perlu akur dan antaranya kena luluskan tanah pajakan selama 999 tahun kepada penyokong DAP.

Beringatlah, undi gabungan pembangkang PKR, bermakna anda mengundi DAP.

Dan tahu-tahulah sahaja nasib orang Melayu nanti.