20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

#HargaBarang: Aplikasi Smart Phone MyKPDNKK Untuk Rakyat Periksa Harga Barang Ala #Waze

Teknologi
Typography
mykpdnkk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan aplikasi myKPDNKK pada 26 Jun 2013 oleh Menterinya, YB Dato' Hasan Bin Malek. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma melalui Google Play & App Store ke semua telefon pintar (smartphone). Aplikasi myKPDNKK menawarkan pelbagai perkhidmatan secara mudah alih untuk keperluan pengguna dan peniaga dengan mudah dan cepat. Pembangunan aplikasi ini adalah merupakan inisiatif KPDNKK dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk membolehkan pengguna dan peniaga memperoleh maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selesa. Terdapat enam modul utama yang menawarkan pelbagai maklumat seperti Pengguna, Peniaga, Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Price Watch, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M). Modul Price Watch contohnya membolehkan pengguna memantau harga semasa barangan harian menerusi telefon pintar. Terdapat juga kemudahan semakan status aduan, pertanyaan dan pemfailan tuntutan tribunal pengguna. Rakyat juga kini dapat menyemak senarai Kedai Rayat 1Malaysia (KR1M) yang berdekatan serta premis-premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M). Bagi peniaga pula, kini terdapat semakan senarai kursus yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga status syarikat francais serta maklumat standard kepenggunaan. Aplikasi myKPDNKK ini sememangnya menawarkan kemudahan capaian maklumat dengan mudah dan ringkas.