20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

#KLConverge : Persidangan ICT Antarabangsa Terbesar Di Malaysia

Teknologi
Typography
    http://www.youtube.com/watch?v=yH0E5svwZs4

Pada 17 sehingga 19 September ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama kerjasama SKMM dan FINAS akan menganjurkan satu persidangan ICT Antarabangsa yang terbesar di Malaysia yang dinamakan KL Converge!

Seminar selama 3 hari ini yang berkonsepkan kepada M.I.C.E iaitu Meeting, Incentives, Conferences dan Exhibition ini adalah satu konsep 'mix and match' video, muzik, apps dan Internet.

KL Converge! adalah mengenai penggabungan idea, kandungan dan penyebaran digital melalui laman web.

"Jutaan manusia di sekitar negara ASEAN kini telah bergantung dengan kadar yang segera terhadap apps untuk menjadikan mereka lebih efisien di dalam tugasan seharian. ICT dan komunikasi telah menjadikan pengguna ini untuk mencapai perkara tersebut." - Dato' Sharil Tarmizi (Pengerusi SKMM)

KL Converge! akan menyediakan platform untuk pengguna, pereka, penerbit, penulis, pengarah dan animator untuk bersama berkongsi idea, pengalaman dan wawasan serta pandangan dalam industri ICT.

Peserta boleh mendaftar secara percuma di www.KLConverge.com dan boleh mengikuti kelas master, bengkel, seminar dan forum serta pelbagai lagi aktiviti yang disajikan sepanjang program 3 hari ini.

KL Converge! ini akan diadakan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Majlis Perasmian adalah pada 17 September 2014 jam 3.00 petang di Dewan Banquet.