21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

Google Street View Malaysia Lebih Komprehensif

Teknologi
Typography
KUALA LUMPUR – Google telah mengumumkan penambahbaikan kepada aplikasi perkhidmatan peta dalam talianannya, Google Maps. Antara yang terkini ialah penggunaan imej pemandangan komprehensif sekitar Malaysia melalui ciri popularnya, Google Street View. Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, sejak mengelilingi Semenanjung Malaysia tahun lepas, pasukan Google Street View telah mengambil 90 peratus imej pemandangan kawasan yang boleh dilawati. “Dengan Google Maps, anda hanya dapat melihat arah dan pemanduan arah. Namun dengan Google Street View, anda dapat melihat imej 360 darjah kawasan itu. Dengan itu, anda dapat mengetahui keadaan tempat itu dan ciri itu akan membantu pengguna kami,” jelasnya. Penambahbaikan itu diharap dapat memberi perkhidmatan lebih relevan dan berguna kepada rakyat Malaysia Ia juga dijangka dapat menyediakan pengguna dan komuniti perniagaan dengan maklumat peta lebih komprehensif. Sajith turut berharap agar penyediaan perkhidmatan ini dapat memberi peluang kepada orang tempatan dan pelancong untuk meneroka kawasan-kawasan menarik di Malaysia. “Seperti yang saya katakan, 90 peratus kawasan Semenanjung Malaysia yang boleh didatangi telah diliputi. Kami juga telah memulakan kerja merakam persekitaran di Timur Malaysia. Seperti yang saya katakan, ia merupakan satu pengembaraan yang tidak akan berkesudahan.” Google Street View di Timur Malaysia dijangka siap disediakan dalam masa dua belas bulan. Sebelum ini, Google Street View Malaysia hanya meliputi kawasan tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur. Manakala dalam versi terkini, tumpuan diberikan kepada Taman Negara, Langkawi, Pangkor, Pulau Pinang, Melaka dan Putrajaya. Orang ramai kini boleh membuat semakan imej di mana-mana lokasi yang diingini dengan melayari laman web Google Street View di www.instantstreetview.com.