24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

Krisis Selangor: Majoriti Rakyat Selangor Menyalahkan Anwar Ibrahim

Survey
Typography
images

Penting diambilkira dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor ketika ini adalah suara rakyat. Pandangan dan suara rakyat Selangor khususnya menepati keperluan sebenar. Mereka yang memilih kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor, tentulah mereka juga berhak menyuara pandangan maupun membuat keputusan terhadap krisis kepimpinan yang berlaku.

Suatu hakikat yang mungkin kita jarang membuat telahan ialah…apakah mereka yang memilih PKR menerajui negeri? Tidak pasti. Cuma yang majoriti rakyat Selangor tahu ialah, mereka memilih calon-calon yang bukan sehaluan dengan arus perdana politik negara semasa mengundi dalam pilihanraya umum ke-12 dan ke13 lalu.

Ertinya secara diam penyokong parti-parti yang bertanding itu menaruh harapan wakil dari parti yang mereka pilih turut dipilih menerajui negeri. Ini termasuklah PAS yang memilik 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). Tak tahu lah kalau DAP yang juga memiilki 15 kerusi juga bercita-cita demikian.

Barangkali tidak ramai pun tahu yang gabungan tiga parti utama PKR,PAS,DAP atas nama Pakatan Rakyat itu tidak berdaftar pun secara sah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROC). Tahu-tahu melalui konsensus antara pemimpin ketiga-tiga parti berkenaan, maka muncullah Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili PKR menjadi Menteri Besar Selangor.

Rakyat Selangor terus menerima seadanya apabila Khalid kekal Menteri Besar selepas pru-13. Manakala kecelaruan yang wujud sekarang berpunca dari kalangan pemimpin PKR sendiri yang ingin mencatur semula struktur kepimpinan negeri. Dan rakyat dapat ‘membaca’ alasan pihak-pihak terbabit mengapa mereka ingin mengubah Menteri Besar yang sedia ada.

Dalam hubungan ini, agak menarik melihat tinjauan yang dibuat portal klxpress.com.my ekoran kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Portal itu mendapati sebahagian besar dari 1,650 respondan yang ditinjau (591 orang-36%) , meletakkan punca besar kemelut berlaku adalah ekoran apa yang dilihat sebagai hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mentabalkan isterinya Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar sekaligus menjadi ‘proksi’ beliau.

Screen Shot 2014-08-20 at 1.30.13 PM

Sementara 535 orang (32%) menganggap Khalid gagal berfungsi sebagai Menteri Besar. Antara yang mereka lihat ialah kegagalan menyelesaikan masalah bekalan air dan hal-hal yang berkaitan sensiviti kaum.

Tinjauan itu juga mendapati, politiking berpanjangan dalam PKR juga turut menyumbang kepada krisis yang terjadi, sementara terdapat peratusan yang melihat “Langkah Kajang” yang dicaturkan

Walaupun ada yang masih ‘nakal’ mencuri ‘prejudis’, cuba mengaitkan UMNO dalam isu ini, kadarnya kurang dari 5%. Ertinya rakyat sudah muak dengan tohmohan buruk yang cuba dikaitkan dengan UMNO dalam sebarang kemelut yang timbul walaupun satu-satu isu itu langsung tidak ada kena-mengena dengan UMNO.

Ditinjau cara bagaimana untuk menyelesaikan kemelut yang melanda politik di Selangor ketika ini, terdapat peratus yang agak tinggi mengesyorkan DUN Selangor dibubar bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri yang baharu diadakan. Namun peratus yang mengatasi cadangan ini lebih cenderung kepada saranan diadakan kiraan undi di DUN untuk mendapat pungutan suara secara langsung dalam pemilihan siapa sepatutnya menjadi Menteri Besar.

Screen Shot 2014-08-20 at 1.57.12 PM

Ada yang meminta Khalid terus mengetuai kepimpinan negeri dengan mendapat sokongan PAS dan UMNO. Selain itu, ada pula yang memohon budi bicara Sultan Selangor untuk menentukan siapa patut dilantik sebagai Menteri Besar mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di negeri Selangor.

Apa yang menarik, dari tinjauan dibuat, rakyat Selangor meletakkan peluang samada akan terus menyokong Pakatan Rakyat atau BN jika ditadirkan DUN Selangor dibubar, mereka meletakkan mereka ketingalan jauh berbanding Pakatan Rakyat pada pru-13 lalu.

Screen Shot 2014-08-20 at 2.04.35 PM     Screen Shot 2014-08-20 at 2.02.06 PM

Lebih menarik lagi, tinjauan portal klxpress pula mendapati 54% rakyat Selangor meletakkan keyakinan bahawa hanya Menteri Besar mewakli BN dapat menjamin kestabilan dan keselesaan hidup rakyat negeri ini.

Sementara itu, peratusan yang lebih tinggi didapati memihak kepada pemilihan Menteri Besar Selangor mestilah seorang anak Selangor. Seramai 929 orang (56%) responden yang ditemui menyatakan demikian. Hanya 722 orang atau 44% sahaja yang menyatakan Menteri Besar tidak semestinya anak Selangor.

Screen Shot 2014-08-20 at 2.09.44 PM

Ramai juga yang pada awal-awal lagi membuat jangkaan PAS tidak semestinya kekal dengan keputusan Majlis Tertinggi Parti (Dewan Ulamak) agar Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan menolak cadangan menggatinya dengan Wan Azizah.

Sebaliknya ramai yang menganggap, adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan jika PAS pada bila-bila masa membuat pusingan-U dengan memberi sokongan kepada cadangan PKR dan DAP untuk memilih calon Menteri Besar.

Screen Shot 2014-08-20 at 2.13.16 PM

Jadi pada kesimpulannya, kemelut yang merugikan rakyat di Selangor ketika ini dilihat sebagai berpunca dari tindakan drastik Datuk Seri Anwar Ibarhim yang ingin melantik isterinya, Wan Azizah, sebagai Menteri Besar Selangor.

Kajian mendapati, rakyat Selangor sudah sedia membuat perubahan struktur politik negeri ekoran kemelut yang berlaku. Mereka semakin faham dan matang untuk mengukur sejauh mana sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat memerintah negeri.

Mereka juga seolah-olah bosan dan meluat dengan karenah politicking yang berpanjangan sehingga mengabaikan kebajikan rakyat dan kemajuan negeri

Sudah kelihatan dengan jelas, bahawa rakyat Selangor mahukan seorang Menteri Besar yang benar-benar berwibawa, berkualti serta bebas dari sebarang pengaruhi yang menghantui segala keputusan dalam urus tadbir negeri.  Dalam hubungan ini mereka sesungguhnya lebih yakin dengan seorang Menteri Besar dari BN.

Bagi memahami dan menghayati denyut nadi sebenar rakyat Selangor, seorang yang bergelar Menteri Besar Selangor mestikan anak jati Selangor. Walaupun Selangor begitu ramai dihuni oleh rakyat yang asalnya dari merata pelusuk negara, namun anak jati Selangor jugalah yang menjadi pilihan untuk menjadi ketua negeri.

Dari kajian ringkas yang dibuat, sudah cukop membuktikan pendirian PAS dalam satu-satu isu terlalu ‘longgar’. Keputusan dan pendirian PAS boleh berubah dalam jangka masa yang tidak menentu. Malah imej PAS ekoran kemelut yang asasnya dalam lingkaran PKR sudah turut musnah.

PAS dilihat menganmbil sikap ‘terlalu mengalah’ dan terlalu sedia menjadi ‘pak turut’ hanya semata-mata atas alasan ‘setiakawan’. Dan PAS juga dilihat terlalu ‘berdendam’ sehingga sanggup mengenepikan kepentingan ummah dengan seolah-olah menolak kerjasama dengan UMNO secara mutlak.

Dalam banyak hal, kemelut politik Selangor menceitakan banyak hal secara terbuka. Antaranya sikap rakus, mementingkan diri dan keluarga, perkongsian yang rapuh dan berlandaskan kepentingan agenda tersirat serta terpadamnya naluri untuk melihat sesuatu yang positif demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.