24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

[SURVEY] Hukuman Terhadap Ibu Bapa Merotan Anak

Survey
Typography

Kecoh baru-baru ini terutamanya di media sosial akibat daripada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan bahawa hukuman patut dikenakan kepada ibu bapa yang merotan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Hampir keseluruhan rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Namun begitu, klausa 'sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi' terlepas pandang oleh keseluruhan masyarakat termasuk media arus perdana dan juga media online.

Terdapat juga kejadian di dalam negara kita ini ibu bapa yang merotan anak bukan dengan tujuan untuk mendidik, namun untuk melepaskan geram dan juga amarah sehingga menyebabkan kecederaan fizikal yang memerlukan perhatian doktor.

KLXPress ingin mengambil inisiatif untuk mengambil semula dapatan suara orang ramai tentang perkara ini dengan memasukkan klausa tersebut.

.

.

[poll id="17"]