23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Saya Akan Tanggung Kalau Usul Hudud Diluluskan - Mah Siew Keong

Akhbar Cina
Typography
mahsiewkeong Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menegaskan bahawa dirinya akan memikul tanggungjawab sekiranya undang-undang persendirian mengenai hudud di Kelantan diluluskan di Parlimen. Siew Keong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya usul tersebut diluluskan melalui sokongan Ahli Parlimen UMNO, maka dirinya dan Gerakan bersedia memikul tanggungjawab yang sepatutnya. Namun Ahli Parlimen Teluk Intan itu enggan menjejaskan tindakan yang akan diambil sekiranya usul tersebut diluluskan dalam Parlimen. Siew Keong berkata, beliau tidak berhasrat untuk menjadi wira atau berdebat mengenai isu hukum hudud, namun Gerakan telah menetapkan pendirian untuk menghalang usul berkenaan diluluskan. Tambahnya lagi, sekiranya pelaksanaan hukum hudud menjadi kenyataan, sebuah lagi parti politik iaitu DAP juga tidak boleh berdalih. "DAP boleh membantu memujuk Pas dan bukannya hanya bercakap dan mewujudkan perpecahan," katanya dalam temuramah dengan Sinchew Daily. Menurut Siew Keong, Gerakan sejak awal lagi sudah menyatakan pendirian bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. "Saya berusaha mencari peluang untuk menemui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya boleh menjelaskan kenapa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. "Namun apa yang telah Gerakan lakukan selama ini, kita tidak perlu melapor kepada DAP," katanya. Tambahnya, sekiranya pengundian dijalankan dalam Parlimen, Gerakan berharap semua wakil rakyat akan menolak usul mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.