23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Tan Kee Kwong Dipanggil ROS

Akhbar Cina
Typography
Dr.-Tan-Kee-KwongJabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memanggil Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Tan Kee Kwong bagi membantu siasatan sama ada pemecatan keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melanggar pelembagaan parti. Sinchew Daily melaporkan, ROS pada awalnya dijadualkan mengambil keterangan daripada Kee Kwong pada pukul 10 pagi Khamis ini, tetapi ia ditundakan kepada 28 Ogos. Kee Kwong berkata, beliau telah menerima faks daripada ROS yang memintanya membantu siasatan berhubung satu aduan salah aku oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR. Katanya, faks tersebut tidak menyebut tentang Abdul Khalid tetapi menyatakan siasatan berhubung salah laku Majlis Pimpinan Pusat dan Jawatankuasa Disiplin PKR akan dijalankan. ``Walaupun nama Abdul Khalid tidak disebut, tetapi kami percaya ia merupakan aduan daripada beliau," katanya. Khalid yang dipecat keahlian PKR sebelum ini telah membuat laporan meminta ROS menyiasat sama ada berlaku salah laku dalam proses pemecatannya.
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.