20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Calon MB: PAS Mungkir Janji?

Akhbar Cina
Typography
  Mustafa ali (4) Kemelut Menteri Besar Selangor menjadi semakin rumit dan keadaannya juga sering berubah-ubah. Pada ketika banyak pihak sangkakan Pas menyerahkan dua nama untuk perkenan Sultan Selangor, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun mengesahkan bahawa tiga nama diserah. Mustafa mengesahkan kemunculan tiga nama membabitkan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN Pas tetapi enggan mendedahkan nama sebenar. Menurut Sinchew Daily, Pas dipercayai telah menyerahkan nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali daripada PKR selain Exco Kanan Negeri Selangor, Iskandar Samad daripada Pas. Mustafa pada masa yang menafikan laporan akhbar The Star bahawa Pas menyerahkan nama tiga ADUN daripada Pas. "Laporan ini kurang tepat. Kita memang menyerahkan tiga nama, tetapi bukan kesemuanya daripada Pas," katanya. Keadaan itu ternyata bercanggah dengan pengumuman Pas sebelum ini bahawa hanya dua calon, kedua-duanya daripada PKR diserah untuk perkenan Sultan Selangor. Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu, beliau tidak tahu apa-apa mengenai pencalonan ADUN Pas untuk Menteri Besar Selangor. "Ini merupakan perkembangan baharu. Pas sebelum ini hanya berbincang mengenai calon daripada PKR dan bukannya calon Pas sendiri. "Jika benar Pas menyerahkan nama ADUN sendiri untuk perkenan Sultan, maka ia dipercayai merupakan keputusan peribadi presiden parti," katanya. Sinchew Daily melaporkan, sekurang-kurangnya empat versi telah muncul mengenai nama yang dicalonkan Pas untuk diperkenan Sultan. 1. Tiga calon Pas telah dicalonkan. 2. Hanya Wan Azizah dan Azmin daripada PKR dicalonkan. 3. Dua calon Pas dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dicalonkan. 4. Dua calon PKR dan satu calon Pas dicalonkan.