20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

MEDIA melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah beralih kepada DAP untuk membantu menjatuhkan Perdana Menteri hanya selepas beliau ditolak oleh PAS.

Bekas Perdana Menteri itu juga dilaporkan telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, di mana beliau mengadu tentang DS Najib Tun Razak dan turut melabelkan DAP sebagai "parti cauvinis".

"Bayangkan kami terkejut apabila beberapa bulan kemudian, kami mendapat tahu dia merancang untuk bekerjasama dengan DAP," kata setiausaha politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di luar muktamar PAS.  Menurut Dr Samsuri lagi, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat bekerjasama dengan DAP kerana parti itu terlalu cauvinis.

"Apabila kami bertanya siapa yang akan menjadi calon perdana menteri, beliau berkata, ia terpulang kepada kita untuk membuat keputusan yang kami mahukan," kata Dr Samsuri.

The STAR juga melaporkan, Abdul Hadi kemudian memberitahu Dr Mahathir bahawa beliau perlu kembali kepada partinya sebelum membuat keputusan. Tetapi tidak lama selepas itu, pemimpin PAS dapat tahu bahawa Dr Mahathir dan DAP telah menjalinkan perhubungan.

Apabila ini berlaku, PAS tidak lagi berminat untuk

APAKAH Anwar Ibrahim telah mengaku bersalah meliwat Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadi beliau?

Inilah persoalannya apabila beberapa kumpulan menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi memohon baginda memberikan pengampunan kepada Anwar Ibrahim. Jurucakap Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, sekiranya Anwar diampunkan, ketua umum PKR itu masih boleh mengambil bahagian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

"Jika tidak, Anwar hanya boleh dibebaskan

PERSIDANGAN Dewan Undangan negeri Pulau Pinang akan bermula pada 19 Mei 2017 ini. Ianya bakal menjadi mesyuarat DUN yang panas apabila Lim Guan Eng akan didesak untuk mengambil cuti daripada tugasnya sebagai Ketua Menteri negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menjelaskan bahawa usul mendesak agar Lim Guan Eng mengambil cuti itu telah diserahkan kepada Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang. Usul itu telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau

APAKAH Majlis Syura Ulama PAS akan menolak usul menamatkan tahaluf siyasi Pas dengan PKR yang telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan di Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut?

Apa mungkin Majlis Syura Ulama akan membelakangi harapan dan suara akar umbi PAS tersebut?

Sebelum ini, Angkatan Muka Keadilan (AMK) yang baharu setahun jagung dalam politik, cuba untuk menunjuk pandai dengan 'mengajar' Majlis Syura Ulama, entiti tertinggi dalam parti

APAKAH wujud unsur I scratch you back you scratch my back di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang DAP?

Ianya sangat jelas jika kita rujuk kronologi kenyataan Dr Mahathir tentang parti cauvinis DAP yang 'secara kebetulannya' dituruti dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mempertahankan Mahathir atau skandalnya. Begitu juga kenyataan Kit Siang yang kemudiannya akan dituruti dengan kenyataan Mahathir pula.

Ironinya, kedua-dua veteran politik itu melenting apabila ada pihak mendedahkan

PENULIS merujuk kepada kenyataan PAS yang menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat parti politik yang ada di negara ini untuk memastikan sama ada mereka mematuhi perlembagaan atau sebaliknya.

Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, antara aspek yang perlu diteliti adalah kepatuhan pihak terbabit kepada peruntukan Islam sebagai agama persekutuan.

"Kita minta ROS sila buat kajian parti-parti lain, adakah mereka menghormati perlembagaan, ikut perlembagaan atau tidak.

"Contoh

KALAU hendak menabur fitnah seperti mana dilakukan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mudah sahaja. Namakan si polan itu, si polan ini menerima wang rasuah dan buat akuan bersumpah. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri atau partinya sendiri, boleh pula Rafizi ini diam membatu.

Dalam isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) mi­salnya, boleh pula dia mengaku tidak tahu menahu. Jawablah apabila ada pihak mengaitkan dia mungkin terlibat dengan rundingan

Lebih banyak artikel..