20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

WAJARKAH seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat memaki orang lain dengan menyebut "anjing", "binatang" dan perkataan-perkataan kesat lain di khalayak ramai? Serangan yang tidak bersopan dan tindak- tunduk yang dianggap "biadab" oleh seorang dua ahli Palimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat memperlihatkan keperibadian mereka sebenar.

Rakyat yang memilih wakil rakyat berkenaan  tentunya turut kecewa dan malu sedangkan mereka mahu masalah di kawasan Parlimen mereka dibangkitkan pada sidang berkenaan untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

Mengambil contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), kalau tidak mahu mengucapkan terima kasih sekali pun, janganlah pula mengutuk orang yang memberinya.

Begitulah budaya dan perangai buruk segelintir wakil-wakil rakyat pembangkang di negara ini.

Menyedari perkara itu, Pas telah mula mengambil pendekatan dengan yang cara lebih berhemah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengubah landskap parti itu, iaitu membangkang secara beradab di samping menyokong dan mencadang apa yang difikirkan baik untuk rakyat.

Sewajarnya pun Pas tidak boleh mengikut rentak wakil-wakil rakyat daripada DAP dan PKR yang mahu mencuri perhatian

MELIHAT apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang lalu, penulis tertanya-tanya sejauh mana tahap toleransi yang masih boleh dipertahankan oleh rakyat Malaysia? Istilah luar biasa sesuai digunakan apabila gambar seorang Perdana Menteri dan Presiden Parti yang digelar sebagai ulamak sewenangnya dipijak dan diperlakukan dengan terlalu jijik dan hina.

Perbuatan menyapu muka seseorang dengan penyapu dan menggelarkan tokoh dengan pelbagai gelaran pula boleh dianggap sebagai keterlaluan

Semenjak Anwar disumbatkan ke dalam penjara Disember lalu,Tun Mahathir mula melancarkan serangan ke atas Dato' Sri Najib secara besar-besaran. Sejak itulah tugas jentera BN dan kerajaan yang selama hari ini fokus pada usaha menjawab pembangkang, akhirnya lari fokus kepada menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang yang diulang oleh Tun Mahathir.

Jika sebelum ini ianya lebih mudah untuk mematikan hujah dan fitnah pihak lawan, namun apabila hujah dan fitnah itu diulang oleh bekas Perdana Menteri yang

Artikel yang diterbitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran wang 1MDB kepada akaun peribadi DS Najib Tun Razak adalah berdasarkan dokumen yang mereka peroleh daripada pasukan penyiasat khas kerajaan di Malaysia. Pasukan penyiasat khas tersebut telah ditubuhkan oleh Peguam Negara dan dianggotai oleh pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan PDRM.

Persoalan yang timbul pada hari ini adalah bagaimana Wall Street Journal (WSJ) boleh memperoleh dokumen tersebut dari pasukan

Lim Kit Siang kononnya terkejut apabila Panglima Angkatan Tentera, Zulkifli Mohd Zin membayangkan kemungknan campur tangan tentera dalam rusuhan BERSIH 4.0 pada hujung minggu ini di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching

Campur tangan dari tentera itupun seandainya Putrajaya mengisytiharkan darurat ekoran rusuhan Bersih yang tidak bertamadun itu. Kumpulan Bersih ini seperti tidak mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi di Syria, Mesir, Libya dan baru-baru ini letupan bom di Thailand.

KALAU diperhatikan satu persatu senarai nama ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam serpihan Pas, Gerakan Harapan Baru (GHB), orang Pas tidak perlu terkejut. Mereka ini sebenarnya sudah lama menjadi tali barut DAP, dengan individu yang mengepalai gerakan ini, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sendiri sudah lama mendapat imbuhan hasil `tajaan’ DAP di Pulau Pinang.
 
Kalau tidak, masakan dia berani semasa masih  menjadi timbalan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan sering

Kenyataan bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainudin Maidin baru-baru ini yang menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo “seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak” jelas menunjukkan kecelaruan pemikirannya.

Mungkin bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memerlukan pendekatan tahap demi tahap bagi memudahkan dia memahami punca Justo ditahan.

Mengapa Justo ditahan? Menurut laporan Bloomberg pada

Lebih banyak artikel..