18
Rab, Okt
775 ARTIKEL BARU

Helah DAP & Speaker Hantar Notis Kekosongan Kerusi DUN Pujut

Editorial
Typography

HARI ini (16 Mei 2017), speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, dilaporkan telah menghantar notis kekosongan kerusi DUN Pujut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

Keputusan itu dibuat berdasarkan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak, akibat pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, pada 12 Mei 2017 apabila 70 ahli dewan DUN Sarawak mengundi usul menyokong pemecatan tersebut berbanding 10 undi daripada ahli-ahli pembangkang.

 

Media melaporkan bahawa Ting didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia dan kerakyatan Australia miliknya hanya dilepas pada 4 April 2016, tiga minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri. Pemimpin DAP itu juga dilaporkan memperolehi kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

 

Dan apabila terperangkap, Ting DAP mendakwa beliau melepaskan kerakyatan Australia selepas dirinya direkrut oleh TalentCorp untuk kembali ke Malaysia.

 

Bagaimana pun, tembelang ahli politik DAP itu dinafikan oleh TalentCorp. Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Shareen Shariza Abdul Ghani berkata, berdasarkan rekod, Ting tidak pulang di bawah program Program Kepulangan Pakar (REP) dan tidak menerima insentif REP berdasarkan beberapa perkara yang ditetapkan.

 

Lebih memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang 'melahirkan rasa terkejut' dengan keputusan  DUN Sarawak melucutkan keanggotaan  ADUN Pujut itu dan begitu lekas mendkwa kononnya tindakan itu berbaur politik.

 

Guan Eng mendakwa kononnya DUN Sarawak telah membelakangi keputusan  Mahkamah Pilihan Raya pada Oktober 2016. Beliau juga berkata pihak Mahakamh telah memutuskan bahawa pemilihan Ting DAP adalah sah.

 

Padahal, keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Datuk Hii King Chiong, calon BN  kerana beliau didapati gagal mematuhi prosedur berhubung bayaran RM10,000 sebagai deposit jaminan yang sepatutnya dibayar secara tunai tetapi beliau membayarnya menggunakan cek. Beliau juga hanya menyertakan satu salinan asal dokumen di dalam fail permohonan petisyen sedangkan peraturan menetapkan mereka perlu menyertakan tiga salinan asal.

 

Kata mudah, kes tersebut digugurkan kerana kesilapan teknikal dan tidak sampai pun ke bab pemilihan Ting DAP itu sah atau tidak.

 

Tembelang puak DAP tidak berhenti di situ sahaja.

 

ADUN DAP juga cuba mengalih isu yang sebenarnya apabila meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menarik balik kenyataan dakwaan kebankrapan terhadap Ting DAP semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sarawak.

 

Padahal, isu utamanya ialah Dr Ting hilang kelayakan kerana telah melanggar peraturan kelayakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih menjadi Anggota DUN jika beliau, antara lain, telah memperoleh secara sukarela kewarganegaraan atau menjalankan hak kerakyatan di mana-mana negara di luar Malaysia.

 

Isu bekas ADUN Pujut ini bukan sahaja memalukan seluruh kepimpinan parti DAP tetapi turut menjadi bahan jenaka rakyat. Parti yang selama heboh dan bising tentang pengundi hantu dan kononnya wujudnya warga asing sebagai pengundi tetapi mereka sendiri mencalonkan individu yang berwarganegar asing.

 

Berikutan penghantaran notis oleh Speaker DUN Sarawak itu maka Pilihan Raya Kecil DUN Pujut perlu diadakan dalam masa 60 hari.