24
Sab, Jun
723 ARTIKEL BARU

Kerajaan DAP Mengaku Sekat Peruntukan Untuk Rakyat

Editorial
Typography

Kerajaan DAP Pulau Pinang bergolak lagi. Kali ini ianya melibatkan ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin yang kecewa selepas peruntukan untuk beliau disekat oleh Kerajaan DAP P. Pinang.

 

Pembekuan peruntukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selepas beliau tidak hadir istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu.

 

Jawapan beliau ialah SUK negeri tidak menghantar surat jemputan kepada beliau. Apabila tidak mendapat surat jemputan, beliau ingatkan hanya Exco dan orang-orang penting yang ada jawatan saja yang di jemput. Maka kerana itu beliau terus berada di konvensyen PKR yang diadakan pada hari yang sama.

 

Norlela juga mendedahkan belum mendapat peruntukan Bri­ged Wanita yang diasaskan kerajaan negeri.

 

Apabila isu ini panas dan didedahkan oleh pihak media, Timbalan Ke­tua Menteri 1, Datuk Mohd. Ra­shid Hasnon PKR dalam sidang akhbar pula menafikan kerajaan negeri menarik peruntukan wa­jib itu dan meminta Norlela PKR merujuk kepada Pejabat Ketua Menteri berhubung status peruntukannya itu.

 

Norlela PKR mendakwa Mohd Rashid PKR dan Exco dalam mesyuarat kerajaan negeri yang memberitahu bahawa peruntukkan Q3 beliau dan rakan-rakan yang tidak hadir majlis angkat sumpah perlantikan TYT telah ditahan dan Mohd Rashid turut berkata ADUN boleh bangkitkan isu tersebut dalam sidang DUN minggu depan

 

Kenyataan Norlela itu ternyata benar apabila Mohd Rashid PKR sendiri mengaku bahawa sekatan itu akan dilaksanakan bagi memberi 'peringatan kepada semua Adun yang gagal hadir ke majlis rasmi' dan peruntukkan untuk Q3 pada Ogos ini akan disekat jika ADUN terlibat tidak menghantar surat seperti yang diarahkan.

 

Norlela Ariffin membidas kenyatan TKM1 itu apabila mendedahkan bahawa Mohd Rashid PKR turut serta di mesyuarat PKR apabila Dato' Mansor PKR yang memberi arahan hanya Exco dan yang ada jawatan saja yang boleh meninggalkan konvensyen untuk hadir di majlis angkat sumpah TYT.

 

Kita hairan kenapa Mohd Rashid tidak mempertahankan rakan partinya sendiri di depan Lim Guan Eng DAP. Kenyataan Norlela Ariffin PKR yang bercanggah dengan kenyataan Mohd Rashid ini sudah pasti akan menimbulkan pelbagai persepsi buruk terhadap PKR Pulau Pinang dan Wan Azizah sebagai Presiden PKR yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 

Malah tindakan kerajaan DAP negeri yang membeku peruntukan untuk rakyat setempat ini hanya untuk 'memberi peringatan kepada ADUN' juga patuit dikritik. Dalam isu ini, rakyat tidak bersalah dan mereka tidak patut diseret ke dalam isu ini serta dihukum juga.

 

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri juga telah dimalukan apabila Norlela Ariffin, ADUN PKR menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak membantu rakyat di kawasan beliau.

 

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat," kata ADUN PKR itu.

 

Sebenarnya, rakyat sudah tahu kerajaan DAP memang tidak mendengar masaalah mereka, cuma ADUN PKR itu sahaja yang lambat mahu faham.