18
Jum, Ogs
861 ARTIKEL BARU

Tanah Milik Rakyat Terlepas Tanpa Tender Terbuka

Editorial
Typography

KERAJAAN DAP Pulau Pinang dikritik hebat apabila timbul persoalan tentang tanah milik rakyat yang terlepas ke tangan pemaju tanpa tender terbuka.

 

Sebelum ini, Lim Guan Eng DAP kerap mendabik dada yang kerajaannya mengamal tender terbuka dan sering menghentam kerajaan BN kerana tidak mengamalkan konsep tersebut. Ironinya, selepas dikritik hebat dan status tanah itu panas tersebar di dalam media, barulah Guan Eng DAP dan pemaju tanah tersebut memberi kenyataan.

 

Isunya ialah tentang tanah rakyat seluas 6.4 ekar di Lebuh Raya Peel dan segalanya terjawab selepas kerajaan DAP negeri mengaku tanah itu sudah diberi pajakan selama 99 tahun dengan nilai RM156 juta. Malah, kerajaan DAP negeri sudah pun menerima RM30 juta deposit daripada pemaju tersebut.

 

Yang menariknya ialah alasan Guan Eng untuk menghalalkan pemberian tanpa tender terbuka ini. Jelas beliau, per­kara itu meman­dang­kan syarikat ber­­kenaan adalah pe­labur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).

 

Projek ini telah ditandatangani pada 19 Disember 2016 dan Guan Eng juga mendakwa bahawa oleh kerana ditawarkan pelaburan besar daripada sebuah syarikat bereputasi baik maka kerajaan DAP melayannya seperti pelaburan asing, kerana terdapat juga wang asing disuntik untuk projek ini.

 

Kerajaan DAP negeri juga cuba berselindung di belakang BN apabila menyamakan projek 'tanpa tender terbuka' ini dengan pelaburan seperti syarikat multinasional seperti Intel di zaman pemerintahan BN dahulu.

 

Penasihat Chant, Yan Lee dilaporkan berkata, pi­haknya dimaklum­kan mengenai ca­da­ngan projek pem­bangunan komer­sial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan DAP negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat. Beliau turut mendesak Guan Eng DAP mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

 

Satu perkara yang tidak dilaporkan oleh media pro-pembangkang ialah projek tersebut bukan sahaja untuk memperbesarkan Hospital Island tetapi yang sebenarnya ialah sebuah hotel akan turut dibina kelak. Kenapa pembinaan hotel itu tidak diketengahkan oleh media pro-pembangkang?

 

Begitulah modus opreandi DAP untuk menghalalkan tindakan mereka itu.

 

Sebelum ini, puak pembangkang terutamanya cauvinis DAP telah menuduh kononnya kerajaan BN telah 'menjual negara' ini kepada negara asing. Di antaranya, mereka mendakwa ‘aset negara telah terjual apabila 1MDB menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat dari China. Padahal, projek Bandar Malaysia itu masih lagi dimiliki oleh warga Malaysia sebanyak 76% di mana kerajaan pusat dan negeri menguasai 57%.

 

Walaubagaimana pun, cauvinis DAP itu diam membisu seperti orang bodoh apabila rakyat Pulau Pinang kehilangan 100% tanah rakyat kerana kerajaan DAP menjual keseluruhan 20 ekar tanah bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd.

 

Malah sebelum ini, media telah melaporkan bahawa tindakan kerajaan DAP negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, menjadi bukti bahawa mantera CAT DAP itu hanya sekadar slogan untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang.

 

Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Pembangkang dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT DAP yang cuma sekadar slogan kosong? 

 

Media juga menempelak kerajaan DAP yang cakap tak serupa bikin dan mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan ‘keindahan’ mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu.