17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

Foto Viral : Apakah Yang Bermain Dalam Kepala Muhyiddin Bila Dengan Guan Eng DAP?

Editorial
Typography

Foto Muhyiddin Yassin yang duduk semeja dengan Lim Guan Eng semasa satu program telah menjadi perbualan pihak netizen di dalam media sosial.

Penulis cuma tertanya-tanya, apakah yang difikrkan oleh Muhyiddin Yassin apabila berdepan dengan Lim Guan Eng, 'tokong' DAP? Apakah beliau turut memikirkan segala pendedahan beliau sebelum ini tentang parti cauvinis itu dan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP?

Penulis berkata demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja. Muhyiddin juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS.

Segalanya ini dinyatakan sendiri oleh Muhyiddin Yassin sebagai peringatan kepada orang Melayu. Beliau juga mengaku bahawa :

1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.
2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.
3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.
5. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.

Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Dan sehingga ke hari ini, beliau tidak menarik balik segala kenyataan beliau tentang parti DAP yang PALING RASIS dan Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA..

Bukti video pun ada : https://youtu.be/SPmhHNpTFGQ

Jika merujuk kepada kenyataan Muhyiddin Yassin ini, parti DAP memang jahat dan tidak patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.

Malah, sebelum ini penulis juga telah mempersoalkan dasar-dasar songsang parti chauvinis DAPRealitinya, dasar parti DAP terang- terangan telah menggariskan:

Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik. 

dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dankeperluan'

Begitu juga dengan Deklarasi Setapak 1967 yang masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. ( https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/)

Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah  pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG.

Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Manakala Muhyiddin sepatutnya berpegang kepada prinsip beliau bukannya turut bersekongkol dengan parti cauvinis paling rasisi itu!

Lihat juga video ini : https://youtu.be/SPmhHNpTFGQ