12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

PRU14 : Mahathir Akan Bertanding Di Kerusi Parlimen .........

Editorial
Typography

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan Perdana Menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan. Jawapannya itu nyata bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini untuk tidak menjadi Perdana Menteri semula setelah bersara. Ianya juga tidak disetujui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

 

Seorang pemimpin pembangkang menempelak hasrat Mahathir Mohamad itu dengan menyifatkannya sebagai lucu dan menggambarkan kerakusan pemimpin itu untuk kembali berkuasa.

"Mahathir belum tentu menang bertanding sudah berangan menjadi Perdana Menteri semula... dengan rekod rasuah dan jenayah pentadbiran yang tidak terjawab, Mahathir akan kalah walaupun bertanding semula di Kubang Pasu," katanya

Apakah benar Kubang Pasu adalah tempat pilihan Mahathir atau beliau sudah ada kawasan lain jika beliau benar-benar mahu bertanding semula? Ianya kerana beliau perlu memjadi ahli Parlimen dan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dahulu sebelum dapat memegang jawatan PM?

 

Sebenarnya, penulis telah menulis beberapa kali tentang isu ini. Di antaranya pada 4 Oktober 2016 pula, Penulis telah menulis satu artikel bertajuk Kejutan Besar Menjelang PRU-14  Di antaranya,

Cuma satu, Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar akan bertanding pada PRU14 nanti - seterusnya

Jangkaan ini merujuk kepada pelbagai permasalahan dalaman parti-parti pembangkang yang masih tidak ada kesudahannya. Malah, mereka sendiri tidak sehaluan dalam banyak isu semudah tidak bersependapat menggunakan satu logo.

 

Sebelum ini, apabila dicabar oleh DS Nazri Aziz untuk bertanding di parlimen Padang Rengas, Mahathir enggan dan beliau mencabar Nazri Aziz pula supaya bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

"Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang.” kata Mahathir.

Kita sedia maklum bahawa Mahathir adalah ketua bahagian PPBM di Langkawi, Kedah. Maka, tidak mengejutkan apabila beliau memilih Langkawi sebagai lokasinya.

 

Dalam masa yang sama, kita juga sedia maklum bahawa kepimpinan parti-parti pembangkang berasa amat bimbang tidak dapat menyelesaikan pelbagai perbezaan di antara mereka terutamanya siapakah ketua pembangkang yang sebenarnya dan pembahagian kerusi yang akan dipertandingi kelak.

 

Rakyat juga sudah bosan dengan Pembangkang dan pembahagian kerusi sesama pembangkang pasti akan menimbulkan satu lagi sandiwara politik murahan pembangkang kelak. Sekarang pun sudah ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan pembangkang akan bertelagah sesama sendiri tentang pembahagian kerusi ini.

 

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan 3 penjuru disebabkan parti-parti pembangkang tidak dapat berkompromi sesama mereka. Bukan itu sahaja,

 

Pakatan Harapan malu besar dan ternyata memperbodoh-bodohkan rakyat apabila PKR dan DAP tidak sehaluan dan bertembung sesama sendiri di 6 kawasan DUN pada pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

 

PKR kalah di 37 kerusi DUN dan parti cauvinis DAP pula kalah di 24 kerusi DUN. Bukan itu sahaja, 10 daripada 40 calon PKR dan 7 daripada calon DAP telah hilang wang deposit mereka. Manakala, 9 daripada 13 calon parti PAN dan 7 daripada 11 calon PAS juga hilang wang deposit mereka.

 

Dan dengan wujudnya satu lagi parti baharu PPBM, maka akan bertambah celaru puak pembangkang ini, ditambah dengan sikap tamak haloba parti cauvinis DAP yang tidak sanggup berkorban kerusi DUN untuk PKR hinggakan pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng DAP tidak dapat dilaksanakan.

 

Penulis menjangkakan bahawa pertelingkahan tentang calon PM dan perebutan kerusi sesama pembangkang akan berlarutan hingga ke hari penamaan calon PRU-14 nanti. Mahathir tidak mungkin akan bersetuju dengan pilihan PKR, DAP dan PAN iaitu Anwar Ibrahim. Bukan sahaja disebabkan perangai songsang Anwar tetapi Mahathir mempunyai calon PM nya sendiri. 

 

Manakala, beliau terpaksa bertanding semula mungkin juga kerana tidak percaya kepada DAP, parti yang akan mempunyai kerusi parlimen terbanyak di kalangan parti-parti pembangkang kelak. 

 

Dan jika pembangkang menang PRU14, keberangkaliannya ialah Mahathir dan PPBM akan meninggalkan Pakatan Harapan (yang mencalonkan Anwar sebagai calon PM).

 

Mahathir akan membuat coalition baharu dengan parti-parti yang bukan lagi kerajaan persekutuan, ahli-ahli parlimen yang lompat parti dan parti yang mempunyai kerusi parlimen yang signifikan, dengan syarat beliau yang menentukan calon PM untuk baharu ini.

 

Kerana itu Mahathir tidak mungkin berani menyebut secara rasmi calon PM beliau kerana tahu tindakan beliau itu akan menyebabkan Pakatan Harapan memutuskan kerjasama dengan PPBM sebelum PRU14.

 

Takkan Kit Siang, Guan Eng, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim tidak dapat membaca kemungkinan ini?

 

Dalam masa yang sama, penulis difahamkan bahawa Pakatan Harapan akan menekan Mahathir untuk bersetuju dengan calon PM mereka apabila tiba masa pembahagian kerusi parlimen kelak.Tatkala itu, PPBM tidak mempunyai bargaining power memandangkan PPBM hanyalah new kids on the block yang mempunyai hanya 1 kerusi parlimen sahaja.

 

Kita tunggu dan lihat.