21
Isn, Ogs
861 ARTIKEL BARU

Satu Lagi Fitnah Sarawak Report : RM9.5 Juta, Shafee & PM Najib

Editorial
Typography

KITA hairan kerana masih ada puak dalam negara Malaysia ini yang masih mahu percaya dengan laporan blog Sarawak Report (SR) yang terkenal dengan pembohongan dan putar belitnya.

 

Kita tidak terkejut jika mereka itu adalah puak pembangkang kerana mereka ini ibarat lalat yang akan mengerumuni apa sahaja sampah yang boleh dijadikan bahan politik murahan mereka. Dan SR adalah salah satu sumber bertahap sampah yang akan digunakan untuk cubaan memburuk-burukkan PM Najib Razak.

 

SR juga telah memfitnah beliau dan isterinya, DS Rosmah Mansor.

 

 

 

Dan sebelum ini, sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) telah membuat siasatan yang mendedahkan bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Xavier Andre Justo sebelum meninggalkan PetroSaudi. Analisis itu menunjukkan bahawa data yang diguna oleh Sarawak Report itu telah diubah selepas ia dicuri dari PetroSaudi.

 

"Semua siasatan kami telah dijalankan setakat ini menjuruskan saya untuk mengatakan bahawa, dari kedua-dua perspektif forensik dan pakar, maklumat [berkaitan dengan isu ini] yang disiarkan di Internet dan kepada mereka yang ingin membuat kesimpulan daripadanya, ia boleh dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai"

http://novandri.blogspot.com/2015/06/kaitan-di-antara-xavier-justo-ex.html

 

http://novandri.blogspot.com/2015/06/1mdb-portal-pro-pembangkang-kantoi.html

Realitinya, laporan Sarawak Report tidak boleh dipercayai lagi.

 

Begitu juga dengan laporan terbaru Sarawak Report dan diikuti pula dengan sandiwara puak-puak pembangkang dan portal-portal pro-pembangkang yang sangat pantas menggunapakai laporan SR ini. Ada yang sudah buat laporan polis. Malah, Anwar Ibrahim, banduan meliwat itu juga menangguk di air yang keruh.

 

Dengan hanya menyiarkan 2 gambar di bawah, Sarawak Report melaporkan TS Muhammad Shafee Abdullah, peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim telah menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri DS Najib Abdul Razak.

 

 

 

 

 

Kononnya, pembayarannya adalah sebanyak 2 kali iatu pada RM4.3 juta didakwa dipindahkan pada 11 Sep 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

 

Dan ianya dipercayai bulat-bulat oleh pembangkang dan macai-macainya! Takkanlah puak-puak ini begitu dayus dan begitu rendah IQ nya hingga sanggup percaya kepada ‘bukti’ yang tidak boleh diterima langsung keaslian dan kebenarannya?

 

Ironinya juga, akaun AmBank yang dipegang oleh Perdana Menteri sudah pun ditutup pada 30 Ogos 2013.

 

Dalam kes Anwar Ibrahim pula, bukan Shafee Abdullah yang menentukan keputusan akhir kes liwat Anwar-Shaiful yang meleret hingga 7 tahun dan tertangguh berulang-kali itu. 

 

Ianya adalah keputusan sebulat suara oleh 5 panel hakim Mahkamah tertinggi negara yang diketuai oleh  Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

 

Kita juga perlu ingat bahawa Anwar pada awalnya telah menyenaraikan 13 nama,saksi termasuk isterinya Wan Azizah, pemilik unit kondominium berkenaan, dua pembantu rumah dan seorang profesor, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah oleh peguam Anwar.