12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

Negeri Tertinggi Tapi Guan Eng DAP Malu Mengaku!

Editorial
Typography

1. Satu lagi perkara yang tidak diumumkan oleh Lim Guan Eng DAP tentang prestasi negara Pulau Pinang semasa kerajaan DAP mentadbir ialah statistik tahun 2015 - 2016 ini.

 

2. Negeri Pulau Pinang merupakan negeri tertinggi dalam isu pemberhentian (retremchment) pekerja. Jika hanya 1,102 orang pada tahun 2015, ianya naik mendadak yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2016 iaitu 12,313 orang.

 

3. Kenapa Lim Guan Eng berdiam diri tentang isu yang melibatkan kepentingan rakyat ini? 

 

4. Apa guna Guan Eng DAP mendabik dada tentang hutang negeri yang berkurangan 90% hingga sekarang hanya RM65 juta jika isu pemberhentian pekerja ini tidak dipedulikan langsung atau disembunyikan?

 

5. Lagi pun, perjanjian penstrukturan semula aset air telah menyebabkan hutang kerajaan negeri berjumlah RM 655.2 juta turut berpindah kepada kerajaan BN persekutuan yang diuruskan oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

 

6. Pengurangan hutang negeri tidak ada kena mengena dengan 'kecekapaan' atau C.A.T kerajaan DAP negeri!