24
Isn, Jul
661 ARTIKEL BARU

Skandal Tanah Bilion Ringgit : Fakta & Auta Yang Perlu Kita Tahu

Editorial
Typography

Laporan Ketua Audit Negara 2015 telah melaporkan bahawa prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah rancangan pembangunan kerajaan DAP negeri bagi tahun 2011 hingga 2015 yang dibiayai oleh Kerajaan DAP negeri adalah kurang memuaskan.

 

Ianya kerana hanya sejumlah RM951.51 juta atau 55.4% dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM1.72 bilion.

 

Perkara ini tidak diumumkan oleh Lim Guan Eng DAP. Sebaliknya, kroni tegar Lim Kit Siang DAP hanya mengulas yang 'elok-elok' sahaja tentang kerajaan DAP negeri.

 

Seperkara lagi ialah label yang terpalik ke muka Guan Eng iaitu broker tanah milik rakyat. Berbagai pihak mempersoalkan tindakan beliau yang menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri.

 

Lim Guan Eng DAP melenting dan seperti biasa, beliau akan menuding jari kepada parti lawan dan kerajaan BN sebelumnya. Padahal beliau telah 'mentadbir' negeri Pulau Pinang lebih daripada 8 tahun. 

 

Tetapi apabila kita memberi bukti-buktinya, kroni tegar Kit Siang DAP ini akan mengalihkan isu kepada isu lain yang mungkin tidak berkaitan atau pun enggan menyawab langsung.

 

Jika kita merujuk jadual 4.11, Laporan Ketua Audit Negara 2015 telah menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 600% iaitu RM51.09 juta pada tahun 2011 kepada RM324.82 juta pada tahun 2015.

 

Nilai RM324.82 juta pada tahun 2015 ini adalah 17 kali ganda daripada nilai RM19 juta pada tahun 2008.

 

Maka kesimpulannya ialah Kerajaan DAP negeri memang bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan DAP negeri hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.

 

 

 

 

Lim Guan Eng DAP juga dengan tanpa malunya masih mahu menggunakan isu kitar semula walau pun isu tersebut telah dijawab sebelum ini. Apabila isu tanah di Pulau Pinang menular, Guan Eng akan melenting dan setiap kali itu juga beliau mengeluarkan hujah basi beliau.

 

Untuk menghalalkan tindakan sendiri, Guan Eng akan ulang tayang dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah BN telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan DAP negeri pula 'hanya menjual 103.1 ekar' tetapi pulangan yang lebih tinggi.

 

Hello Guan Eng ......... kesemua tanah yang kamu nyatakan itu adalah perjanjian penambakan tanah kecuali tanah di Batu Kawan. Tak faham-faham lagi atau buat-buat bodoh tak faham?

 

Sungguh memalukan apabila ahli politik yang memegang 26 jawatan dalam negeri Pulau Pinang ini tidak dapat membezakan perkara penting ini.

 

Di sini penulis sertakan jawapannya sekali lagi kepada tuduhan Guan Eng itu:

 

1. 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang)

a. Perjanjian ditandatangani pada tahun 1990. Ia adalah projek penambakan dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang diTAMBAK. 

b. Pemaju masih perlu membayar premium tanah dan memulangkan semula 10% tanah yang ditambak kepada kerajaan negeri secara percuma.

2. 325 ekar tanah di Jelutong Expressway

a. Perjanjian ditandatangani pada tahun 1997. Pemaju diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran membina Lebuhraya Jelutong kosnya RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta. 

b. Pada asalnya bukan tanah tetapi diTAMBAK oleh pemaju. 

3. 750 ekar tanah di Batu Kawan

a. Perjanjian ditandatangani pada tahun 2004 bagi urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan.

 

b. Berdasarkan kenyataan FB milik Ketua Menteri bertarikh 5 April 2011 - Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan. 

c. Sementara parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 setiap kaki persegi.  

d. Hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 setiap kaki persegi sedangkan 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011. 

e. Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 sekaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang. Tanah yang dijual pada tahun 2004 sudah tentu lebih murah pada harga RM3.24 sekaki persegi.

4. 1,606 ekar tanah di Butterworth.

a. Perjanjian adalah pada tahun 1997. Tanah juga diTAMBAK.

b. 900 ekar tanah diperuntukkan untuk kerja-kerja memperluaskan Terminal Kontena Butterworth Utara serta apa-apa kegunaan yang berkaitan dengan pelabuhan dan zon penampan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan.  

c. 706 ekar tanah yang diperuntukkan untuk pembangunan oleh firma itu tetapi 200 ekar tanah diperuntukkan untuk infrastruktur awam serta kawasan lapang dan perlu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri. 

d. Firma itu juga perlu membina 7 kuarters kerajaan di Bertam dalam masa 3 tahun. 

e. Pemegang konsesi juga membiayai lebuh raya 5 kilometer daripada Butterworth ke Kulim Expressway bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat itu dibenarkan mengutip tol di plaza tol Sungai Nyior.

Jawapan yang diberikan pada tahun 2014 ini tidak dinafikan oleh Lim Guan Eng DAP sehingga ke hari ini.

 

Kepada Guan Eng, cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dan akuilah kamu telah menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri. 

 

Tambahan pula, mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang cekap dan tidak dapat bertahan lama.

 

Hentikan juga menuding jari kepada kerajaan BN yang lepas dan alasan kitar semula yang basi dan telah dijawab.