17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

Arahan Letak Jawatan : Wan Azizah PKR Malu Besar

Editorial
Typography

Kredibiliti Dr Wan Azizah PKR tercalar dan tahap kepimpinan beliau juga menjadi persoalan besar rakyat.

 

11 Mei 2017 - Majlis Syura Ulama PAS menerima keputusan muktamar PAS untuk membatalkan kerjasama politik tahaluf siyasi dengan PKR.

 

17 Mei 2017 - Wan Azizah Presiden PKR telah mengumumkan,

“PKR membuat keputusan semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta,”   

“Perkara ini disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan,” katanya.

Sudah hampir sebulan, PKR Kelantan masih tidak mahu dengar cakap Wan Azizah dan belum meletak jawatan lantikan politik di negeri itu.

 

3 Jun 2017 - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini lantikan politik yang diberikan kepada PKR berjalan seperti biasa dan mereka tidak letak apa-apa jawatan

 

8 Jun 2017 - Nurul Izzah Anwar memaklumkan sehingga kini wakil PKR di Kelantan masih tidak bertindak balas terhadap arahan Wan Azizah Wan Ismail dan akan membuat ketetapan baru selepas wakilnya enggan akur pada arahan parti untuk melepaskan jawatan masing-masing di negeri Kelantan.

 

Sungguh memalukan apabila arahan Presiden parti tidak diambil peduli oleh kepimpinan PKR yang lain sehinggakan Wan Azizah terpaksa menahan malu dan memberi alasan yang lain kononnya 'dalam urusan pentadbiran ada aspek teknikal yang perlu dilalui sebelum tindakan diambil'.

 

Dan sekarang Wan Azizah buat U-turn dan memberi tarikh baharu iaitu hujung bulan Julai ini.

 

Adegan tarik tali dan 'serta merta menjadi peringkat-peringkat' ini jelas menunjukkan kegagalan Wan Azizah mentadbir partinya sendiri.

 

Malah keengganan PKR Kelantan untuk melepaskan jawatan serta-merta selepas mendapat arahan Wan Azizah dan PKR pusat sudah pasti menjadi perbandingan rakyat yang semakin bosan dengan permainan politik murahan puak pembangkang.

 

Kenapa PKR-PAS tidak mengambil contoh yang telah dilakukan oleh cauvinis DAP sebelum ini?

 

Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP,  Lim Guan Eng telah mengumumkan kerajaan DAP telah memecat seramai 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri Pulau Pinang. Tindakan zalim kerajaan DAP cauvinis itu adalah pada bulan November 2015. 

 

Tidak ada pun perlunya 'urusan pentadbiran ada aspek teknikal' seperti alasan Wan Azizah apabila wakil-wakil PKR masih tidak meletakkan jawatan di Kelantan. Isu PKR Kelantan ini sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan besar tentang kemampuan Wan Azizah yang sebenarnya untuk mentadbir partinya, apatah lagi sebuah negara Malaysia ini.

 

Jika parti sendiri pun ada yang tidak patuh kepada arahan, Wan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak mungkin mampu untuk menjinakkan parti cauvinis DAP dan PPBM. 

 

Lebih-lebih lagi seorang wakil ADUN PKR di negeri Pulau Pinang pernah menangis meratapi kezaliman kerajaan DAP negeri yang menganaktirikan kawasan beliau tanpa mampu dibuat apa-apa oleh Wan Azizah ketika itu. 

 

Sungguh memalukan.