27
Sel, Jun
634 ARTIKEL BARU

Kit Siang DAP : Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Ketujuh

Editorial
Typography

Dalam entri terbaru dalam blognya, Lim Kit Siang DAP sekali mempamerkan kecekapannya untuk mengalih isu besar yang melanda partinya dan Pakatan Harapan.

Kali ini beliau mencabar Hadi Awang, Presiden PAS untuk mengumumkan calon Perdana Menteri pilihan Hadi selepas PRU14 nanti. Veteran tua DAP itu juga berkata soalan beliau itu boleh dijawab dengan mudah oleh Abdul Hadi 'tanpa perlu memerah otak begitu banyak".

Yang memalukan ialah Kit Siang yang mencabar itu sendiri gagal untuk menentukan calon PM yang dipersetujui oleh semua parti politik dalam Pakatan Harapan (PH). Padahal ianya boleh dijawab dengan mudah oleh Kit Siang "tanpa perlu memerah otak begitu banyak".

Dalam kenyataannya itu juga, Kit Siang berkata Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri  ketujuh walaupun Anwar dilihat menjadi calon utama PH ketika ini. Veteran tua DAP itu memberi alasan daripada sudut  perundangan dan sebagainya.

Kenyataan Kit Siang DAP ini bertentangan dengan keputusan wakil-wakil di Kongres PKR ke-12  yang sebulat suara memilih Anwar sebagai calon PM ketujuh.  Atau pun seluruh perwakilan PKR begitu bodoh tidak tahu bilangan Perdana Menteri yang sebenarnya. Yang mana satu?

Kita sudah sedia maklum peristiwa yang berlaku semasa Kongres PKR  itu apabila semua kepimpinan PKR memegang plakad Anwar PM ke-7 tetapi Mahathir terpaksa berlakon mengambil foto dengan telefon bimbit beliau.

Ironinya dalam kenyataan itu juga, Kit Siang tidak menyebut nama Wan Azizah sebagai calon PM ketujuh jika PH menang PRU14! Beliau hanya menulis Anwar sebagai calon PM kelapan sahaja.

Kit Siang hanya menulis

Who will be Malaysia’s seventh Prime Minister if Pakatan Harapan wins the 14th General Election will be decided by consensus of Pakatan Harapan parties when Pakatan Harapan wins the 14GE …

1. Kenapakah Lim Kit Siang enggan menyebut nama Wan Azizah padahal pada bulan Disember 2016, Kit Siang berkata jika PH memenangi PRU 14, Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara?

2. Apakah Kit Siang cuba play safe atau mahu mengelirukan Dr Mahathir Mohamad dan PPBM, pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan parti PKR dan DAP itu?

Ya, Mahathir menandatangani memorandum Anwar dibebaskan tetapi beliau tidak pernah menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Bukan sahaja calon pilihan beliau ialah Muhyiddin Yassin, Mahathir juga pernah berkata bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara kerana beliau telah melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral.

Mahathir berkata, “Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.”

Kerana itu kita nasihatkan Kit Siang supaya perbetulkan pertelingkahan calon PM dalam PH dahulu sebelum menjaga tepi kain orang lain. Kroni tegar Guan Eng DAP ini juga masih belum lagi menyaman pihak-pihak yang telah membuka banyak rahsia yang amat mengejutkan tentang parti DAP. 

Baca seterusnya http://klxpress.com.my/editorial/92-editorial/24983-kit-siang-cuci-pekung-busuk-dap-dahulu-sebelum-cabar-pm-najib.html