20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Dalang Di Sebalik Drama Siasatan DOJ

Editorial
Typography

Kita semua sedia maklum dengan permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat hanya sekadar ulang tayang tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016.

Drama pertama pada tahun 2016 telah menyebabkan bekas peguam negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dikritik hebat kerana telah bertindak 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi’.

Lynch dengan secara sengaja telah membayangkan individu-individu yang dikaitkan telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya. 

Padahal, untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Tetapi mereka tidak pun diadili.

"Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman". 

Malah, tiada langsung bukti dilampirkan terhadap segala tuduhan tersebut.

Apabila drama tahun 2016 ini tidak berhasil untuk membohongi rakyat dan mengganggu gugat Datuk Seri Najib Razak, timbul pula drama DOJ yang kedua tetapi ditambah dengan perasa yang lebih sensasi, dengan harapan rakyat termakan dengan drama kedua ini.

Dan memang benar. Portal-portal pro-pembangkang seperti MalaysiaKini menggunakan berita ini dan sanggup menerbitkan begitu banyak berita yang sama tentang drama kedua DOJ ini dalam sehari. Oleh kerana terlalu ghairah memainkan isu DOJ ini, portal pro-pembangkang ini telah memfitnah Datuk Seri Rosmah di dalam tajuk beritanya. 

Portal itu telah menukar tajuk berita mereka kemungkinan besar takut disaman.

Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa portal pro-pembangkang itu sendiri mengaku bahawa tiada bukti yang mengaitkan MO1 dengan Datuk Seri Najib Razak.

Lebih memualkan apabila Muhyiddin Yassin pun ambil kesempatan tentang drama kedua DOJ dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat lemah dan sekadar tangkap muat.

Realitinya, kita amat faham dengan tindakan Muhyiddin dan puak pembangkang mengekploitasikan drama kedua DOJ. Ianya kerana puak pembangkang berdepan dengan permasalahan yang sangat besar, tiada persefahaman dan lintang pukang. PPBM berdepan dengan krisis yang mempersoalkan kekayaan melampau anak-anak Dr Mahathir Mohamad dan skandal isteri orang yang melibatkan Muhyiddin.

DAP pula berdepan dengan dinasti kronisme kuku besi melampau Lim Kit Siang dan Guan Eng. Bukan sahaja parti cauvinis itu penuh dengan korupsi, Guan Eng berdepan dengan kes mahkamah yang melibatkan korupsi dan salah guna kuasa.

Malah, kerajaan DAP negeri semakin goyah denga pelbagai isu yang merobek integriti dan ketidakmampuan Guan Eng untuk mentadbir negeri dengan cekap dan transperen. DAP hanya pandai menuding jari kepada parti lawan dan kerajaan sebelum mereka, padahal mereka telah mentadbir negeri Pulau Pinang lebih daripada 8 tahun.

Kerana itu, puak pembangkang dan Muhyiddin Yassin cuba menangguk di air keruh *memfitnah* secara liar terhadap Najib Razak, Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DOJ seperti yang dijelaskan oleh Dato' Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA merangkap ahli majlis tertinggi UMNO.

Realtiinya, saman sivil DOJ tidak membuktikan mana mana pihak telah melakukan jenayah, sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia. Dato' Mohd Puad Zarkarshi juga menjelaskan,

Saman sivil difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.

Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang-undang lain yang berkaitan.

Dalam saman sivil DOJ yang terbaru, 1MDB, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan.

Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen 251 mukasurat DOJ adalah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd.; FFP (Cayman) Ltd.; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.

Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap DS Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail. Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.

1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri.

Dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri.

Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.

Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. 1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya.

Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru2 ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini. Manakala projek Bandar Malaysia juga telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek ini.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa-apa komen terhadap Perdana Menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.

Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia. Ini semua *komplot* nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti 'Rome Summit' yang saya pernah membongkar pada May 2015.

Dato' Puad Zarkashi juga menyarankan agar  Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai skandal Nika Ghee yang sudah setahun terbongkar. 

Muhyiddin juga disarankan agar terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi. Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun menolak Tan Sri Muhyiddin, jelas Puad Zarkashi.

Kita juga ingin tahu, siapakah dalang yang amat jahat menggunapakai agensi luar negeri untuk memburuk-burukkan Najib Razak dan kerajaan yang sah ini. Kita mahu tahu daripada pihak DOJ sendiri supaya kita dapat mengadili individu-individu yang berniat jahat ini.  

Penulis juga ingin menyarankan Muhyiddin Yassin supaya menjawab kenyataan beliau sebelum ini. Beliau berkata orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja. Muhyiddin juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS.

 

Baca : http://klxpress.com.my/editorial/92-editorial/24795-foto-viral-apakah-yang-bermain-dalam-kepala-muhyiddin-bila-dengan-guan-eng-dap.html