13
Rab, Dis
890 ARTIKEL BARU

Kena GST : 60 Jenis Atau Makanan Yang Jarang Dimakan

Editorial
Typography

Dalam kepanasan isu yang menyelubungi puak pembangkang, kita dihidangkan dengan isu GST. Ianya berdasarkan kepada laporan akhbar The STAR yang mendakwa lebih daripada 60 jenis makanan bakal dikenakan GST bermula 1 Julai 2017 ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata, kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.

"Ia hanya beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.

Dan seperti dijangka, berita sensasi ini begitu cepat viral dalam media sosial dan disebar di dalam whatsapp. 

Ironinya, akhbar The STAR telah menukar tajuk berita sensasi itu daripada 'GST on more than 60 food items from July 1' kepada 'GST on food items not normally consumed by Malaysians'. Lihat foto:

gst

Akhbar The STAR juga telah memperbetulkan beberapa perenggan dalam laporan mereka itu. Laporan terbaru yang telah diperbetulkan itu TIDAK lagi menyertakan perenggan di bawah:

Sementara itu, sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Barangan lain termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

gst2

Artikel yang telah diperbetulkan oleh The STAR juga menyiarkan kenyataan ini "Artikel ini telah dipinda dari asalnya, sementara menunggu pengumuman rasmi". 

Agak terlewat kerana hampir keseluruhan portal-portal terutamanya portal-portal pro-pembangkang telah mesensasikan tajuk tersebut. Manakala laporan pertama The STAR telah menjadi viral.

Kita percaya portal-portal dan media sosial pro-pembangkang tidak akan begitu cepat untuk memperbetulkan laporan mereka kerana isu ini melibatkan kesemua lapisan masyarakat. Apatah lagi ianya melibatkan makanan seharian rakyat. Puak pembangkang sudah pasti akan menggunakan dan memanjangkan isu ini to the fullest untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Kita harap agar isu ini dapat dijawab dengan segera oleh pihak berkuasa supaya tidak diputar belit dan dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan BN, apatah lagi hujung minggu ini adalah cuti umum yang panjang di mana famili berkumpul.

 

KENYATAAN TERBARU :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.

Menurutnya, impilikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.

"JDTM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya (ia) dibatalkan," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.