12
Sel, Dis
906 ARTIKEL BARU

Hari Raya : Dr Mahathir Terbang Ke Mana ?

Editorial
Typography

Sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, PM Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada 1 Syawal Hari Raya Aidil Fitri yang pertama.

Ianya akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Anggota jemaah Menteri juga akan berada di rumah terbuka itu.

Yang menjadi perbualan panas pihak netizen ialah tatkala pemimpin-pemimpin politik berada di dalam negara untuk bersama-sama rakyat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang disambut setahun sekali ini, Tun Dr Mahathir Mohamad ke luar negeri pula.

Dilaporkan bahawa beliau dan isteri akan beraya di London, England.

Mungkin ada urusan lain tetapi pada awal Syawal? Bukankah ini masanya untuk pemimpin-pemimpin bersama-sama rakyat?

Kita tidak mahu buruk sangka tetapi harap-harap beliau ke London, England kerana tugasan yang amat penting yang tidak boleh ditunda selepas minggu pertama Syawal dan bukannya kerana bercuti di sana.

Kita pun sedia maklum bahawa seorang anggota akar umbi PPBM telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan keluarga  Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu dibuat oleh anggota jawatankuasa PPBM bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya,” katanya. 

Realitinya, rakyat sedang menilai dan memerhati. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin yang bersama-sama mereka.

Rakyat boleh beraya bersama-sama PM Najib Razak pada 1 Syawal (10 pagi - 4 petang) di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.