17
Kha, Ogs
857 ARTIKEL BARU

Dipaksa Peluk Islam : DAP & MalaysiaKini Tidak Bertanggungjawab

Editorial
Typography

SEBELUM ini, agen propaganda Pembangkang, MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan Gopi Krishnan Gopal, seorang pengendali sebuah gerai makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang yang mendakwa dia diminta memeluk Islam jika mahu meneruskan perniagaan.

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersuara mengarahkan beliau bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk menerima Islam, lapor MalaysiaKini.

Isu ini menjadi viral dan menimbulkan fitnah, buruk sangka dan pelbagai komentar yang berbau perkauman menjadi lebih terserlah apabila agen propaganda pembangkang, MalaysaiKini 'mengaku tersilap membuat laporan.' Portal itu mengaku “selepas mendapat penjelasan Gopin sebenarnya tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya sekadar diberitahu supaya memeluk Islam."

Yang tidak bertanggungjawabnya ialah pengarang MalaysiaKini hanya sekadar 'mengaku kesilapan dan segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali' di hujung kecil di bawah laporan berita yang telah disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.

Lebih memburukkan keadaan apabila Ramasamy yang berjawatan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang cuba berlagak hero tetapi telah menyerlahkan kebodohannya apabila hanya mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat tuduhan melulu terhadap pentadbiran Politeknik tersebut.

Ramasamy juga membuat pelbagai tuduhan kononnya ianya berbau perkauman ekstrem dan amat kurang ajar apabila mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan BN persekutuan. Ramasamy juga dengan jelasnya telah mendakwa kononnya Gobin adalah mangsa perkauman dan juga berkata kononnya` 'Puan Hanum meminta Gobin dan isteri memeluk agama Islam'.

Sikap tidak profesional Ramasamy yang cuba menangguk di air yang keruh ini telah dikritik hebat oleh pelbagai pihak.

Dato' Seri Reezal Merican telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebutharga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.

Yang sebenarnya,

1. Bukan kontrak Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat tetapi kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.  
2. Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga. 
3. Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP. 
4. Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini.

Malah, 2 pengusaha kantin Melayu yang beroperasi hampir 10 tahun di PSP juga telah ditamatkan kontrak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Reezal juga berkata, agak malang Ramasamy telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang jika tidak dibendung boleh mengwujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Beliau juga menasihati dan menyarankan kepada Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan.

Sebagai seorang TKM II dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Dr Ramasamy seharusnya lebih bertanggungjawap dan boleh saja menghubungi pihak Politeknik Seberang Perai secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar berkaitan isu tersebut; bukannya dengan memanggil sidang media dan membuat perbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak PSP.

Sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini. Beliau hanya mendengar cerita sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement beliau sendiri.

Ramasamy juga tidak patut bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan hubungan antara kaum dan agama, tegas Reezal.