17
Kha, Ogs
857 ARTIKEL BARU

Penghinaan Melampau Terhadap Islam & Perlembagaan Malaysia

Editorial
Typography

1. DAP kononnya berpegang kepada Perlembagaan Malayia padahal dasar-dasar parti cauvinis itu menghina dan berlawanan dengan Perlembagaan. Di antara dasar songsang parti DAP ialah,

a. Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik

b. Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'

2. Dasar DAP ini menyesatkan dan melanggar Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang jelas menggariskan kedudukan istimewa Bumiputera dan perizaban kuota.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

3. Deklarasi Setapak 1967 masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. ( https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/) Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

" Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG" - Deklarasi Setapak.

4. Cauvinis DAP juga memperjuangkan dasar 'pengembalian pilihanraya majlis tempatan'. Padahal, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

5. Turut dipersoalkan ialah Fasal II (Matlamat-matlamat) Perlembagaan parti DAP perenggan 4 iaitu :

4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

6. Perenggan 4 Fasal II ini tidak menyatakan yang parti DAP mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Ianya juga telah melanggar Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan : 

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. 

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

7. Terdapat kawalan dan sekatan untuk mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan negara TETAPI perlembangaan cauvinis DAP TIDAK mahukan akta-akta yang berbentuk 'diskriminasi'. Fasal II perlembagaan cauvinis DAP ini ternyata telah menghina Perlembagaan Malaysia secara terang-terangan.

8. Malangnya, masih ada pemimpin-pemimpin Melayu yang buta hati dan mata hingga sanggup bersekongkol dengan parti yang anti-Islam dan melanggar Perlembagaan negara. 

9. Kerana itu kita menyarankan kepada puak DAP supaya perbetulkan dasar-dasar parti yang menyesatkan ini dahulu. Pihak ROS pula disarankan supaya berkadar segera menyelesaikan isu-isu besar yang melibatkan kesahihan kepimpinan parti DAP. Isu ini sudah terlalu lama dan ianya melibatkan kesengsaraan rakyat Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP hari ini.