17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

Kit Siang Licik Sejak 1967 Lagi

Editorial
Typography

SEBELUM kecoh kemelut pemilihan CEC yang tidak telus pada 2012 lagi, DAP realitinya berada dalam tidak keruan.

Ini kerana Dinasti Lim anak beranak terlalu berkuasa dalam DAP.  Sejak 1968 DAP sentiasa berada di bawah kawalan Lim Kit Siang yang memegang jawatan sama ada Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan.

Kit Siang memegang rekod dengan bertanding dan menang dalam setiap pemilihan CEC sejak 1966. Beliau juga telah mengawal sehingga memastikan pemimpin-pemimpin yang beliau anggap sebagai pesaing dalaman, musuh atau ketua yang berpotensi seperti Lee Lam Thye, S.K Soong, Teoh Teck Huat, Chan Teck Chan, Gooi Hock Seng, Wee Choo Keong dan lebih 150 pemimpin berwibawa tidak dibenarkan menyainginya.

Mengimbas penubuhan awal DAP yang didaftarkan pada 18 Mac 1966 oleh Ahli Parlimen PAP, C.V Devan Nair (Bangsar), Kit Siang sebenarnya hanya dikenali ramai pada 1967 apabila Devan melantiknya sebagai setiausaha politiknya. Secara umum, ramai tahu Kit Siang menggunakan sentimen perkauman Cina untuk mengusir Devan daripada kedudukannya sehinggalah Dewan kemudian kembali ke Singapura dan diangkat sebagai presiden pertama republik itu.

Sehingga hari ini, Kit Siang sentiasa cuba menyembunyikan kebenaran bahawa beliau pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dari tahun 1962 hingga 1964.

Sejak 47 tahun lalu, Kit Siang berjaya memanipulasikan kehadiran perwakilan dan pengiraan undi di Kongres Parti Kebangsaan untuk menjamin kedudukan beliau dalam parti. Beliau berjaya melaksanakan perkara ini dengan bantuan seorang peguam jenayah terkemuka, Karpal Singh (mendiang) yang juga merupakan rakan setia beliau.

Mendiang Karpal tidak pernah menyoal bagaimana beliau memperoleh undi pada pemilihan parti. Karpal akan menggunakan kemahiran undang-undang beliau untuk mengeksploitasi kelemahan dalam perlembagaan untuk menyingkirkan musuh-musuh beliau.

Ini adalah cara Kit Siang dapat mengatasi ancaman dalaman dan saingan dengan mengeluarkan mereka pada peringkat awal.

—bersambung di Bahagian 2 esok.