21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Tiba-tiba Komputer `Rosak', Salah Kira

Editorial
Typography

SELEPAS tekanan tidak henti oleh umum selama dua minggu dek kerana dipalit dakwaan DAP anti-Melayu dan rasis ekoran semua calon Melayu kalah bertanding `melepas' untuk menduduki Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember 2012 itu, Tony Pua dan Anthony Loke telah dipanggil oleh Lim Guan Eng.

Mereka didesak segera menyelesaikan isu ketiadaan calon Melayu dalam barisan kepimpinan CEC DAP. Namun dengan keputusan yang ternyata melebihkan calon-calon mereka sendiri, maka tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Anthony dan Tony dalam cuba menyelitkan mana-mana calon Melayu ke dalam senarai tersebut.

Bagaimanapun, dunia politik dikejutkan dengan berita pada 4 Januari 2013 apabila Tony tampil membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan kiraan undi pada keputusan pemilihan CEC yang lepas.

Puncanya kerana `masalah' komputer, Microsoft Excel telah membuat kesilapan undi itu. Oleh itu Vincent Wu dipercayai hanya menerima 669 undian dan bukannya 1,202. Zairil Khir Johari pula kononnya menerima 803 undian dan bukan 305 undi. Oleh yang demikian, Zairil ketika ini berada di kedudukan ke-20 dalam pemilihan CEC.

Zairil kini di tangga ke-20 manakala Vincent Wu pada kedudukan ke-26. Tony pula membuat pengumuman secara automatik bahawa Zairil telah diserap masuk ke CEC dengan alasan beliau berada di kedudukan ke-20.

Pengumuman Tony itu dianggap sebagai satu penghinaan oleh masyarakat umum. Zairil sendiri terkejut dengan keputusan itu, malah tidak menyangka dirinya mempunyai penyokong yang ramai - sehingga memungkinnya mendapat 803 undian.

Rahsia Lim Kit Siang yang selama ini dipertahankan akhirnya terbongkar dengan kejadian manipulasi undi oleh Guan Eng, Tony dan Anthony. Calon India seperti Ramasamy dan Manoharan pula membayangkan kejayaan Zairil sebagai penipuan terancang untuk membawanya ke kedudukan tersebut.

Pada sidang akhbar yang sama, Tony turut membuat kenyataan bahawa mana-mana calon yang telah dilantik pada 16 Disember 2012 dan barisan CEC yang sedang menerajui pemilihan lepas kekal seperti sebelum ini.

Dengan kenyataan tersebut, Tony dan Anthony baru sahaja melakukan malapetaka yang bakal mengundang lebih banyak masalah kepada Guan Eng dan DAP.

Kedua-duanya terlepas pandang bahawa Vincent Wu telah hadir dan mengundi dalam mesyuarat pertama CEC yang diadakan untuk memilih kesemua pemimpin tertinggi CEC parti itu.

Dengan insiden salah kira undi, maka secara automatik segala keputusan pemilihan pemimpin tertinggi terbatal dan tidak sah.

Ini termasuklah pelantikan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Pengerusi Disiplin DAP, Tan Kok Wai.

 

...bersambung ke Bahagian 6 eosk.