17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

Bila Azmin, Guan Eng, Mahathir `Propa’ Pasal Tol….

Editorial
Typography

BUKAN main lagak Pakatan Harapan dianggotai DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  bercakap pasal isu tol.

Kalau ikutkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan tol Batu Tiga sebagai kemenangan kepada rakyat Selangor kerana `sudah bertahun-tahun rakyat Selangor bangkit dan menentang’.

Tapi memang engkau ini `kaki propa’ Azmin. Bukan main kononnya berjanji nak hapuskan tol itu ini, tetapi selepas engkau dapat  Selangor, terus cadangkan pembinaan tiga lebuh raya iaitu Lembah Klang Timur (EKVE), Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Klang (Suke) dan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (Dash).

Sama juga keadaannya  di Pulau Pinang. Proposed untuk terowong bertol walaupun buat masa ni sudah ada dua jambatan dengan perkhidmatan feri menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar  (mainland).

Tindak tanduk Azmin lagi menjelekkan. Dah lah cadangan pembinaan lebuh raya daripadanya melibatkan isu berkaitan alam sekitar khususnya melibatkan  EKVE memandangkan ia berada di hutan tadahan air, tapi Azmin tetap berkehendakkan pembinaannya.

Banyak NGO tidak puas hati termasuklah daripada rakan pembangkang sendiri, Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana menurut PSM  lebuh raya EKVE yang akan melalui hutan simpan warisan Selangor. Ia telah digazetkan pada 2007 dan ia kawasan tadahan air, flora dan fauna.

“Azmin kata hutan ini boleh diganti, kita berpandangan ia tidak betul. Sekiranya kamu sudah menembusinya keseluruhan ekosistem, keseluruhan tadahan air akan terjejas,” demikian kata Setiausaha Agung PSM, Sivarajan.

Di sebalik ini,  sepanjang Datuk Seri Najib memerintah (bukannya Tun Dr. Mahathir  Mohamad), Najib telah mengesyor dan merealisasikan pembinaan lebuh raya Pan borneo - lebuh raya terpanjang di Malaysia. Lebih dari itu ia tol percuma.

Malah hari ini (menerusi pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018), Perdana Menteri mengumumkan selain tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3, Shah Alam, tol Sungai Rasau, Klang juga bakal dimansuhkan berkuat kuasa bermula 1 Januari tahun hadapan. Turut dimansuhkan ialah tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link di Johor Bahru.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum berkuasa mahu hapuskan Tol Sungai Nyior di Butterworth, setelah itu diam membisu. Terbaharu, setelah habis modal, berjanji pula mahu hapuskan Tol Plus jika Pakatan Harapan yang dikepalai parti anak beranaknya, DAP menang pada pilihan raya akan datang.

Dan jauh lebih teruk lagi sekarang, bapa penswastaan Malaysia, Dr. Mahathir - individu yang memperkenalkan segala `atok nenek tol di negara ini, telah dilantik menjadi pengerusi pakatan harapan.

Reformasi apa lagi yang kita mahukan?