17
Jum, Ogs
56 ARTIKEL BARU

Era Tun Mahathir Tiada Keistimewaan Buat Rakyat Sabah

Editorial
Typography

SIAPA berani membuat kenyataan terbuka pada zaman Tun Mahathir? Individu yang lantang membuat teguran kepada corak pentadbiran kerajaannya akan berakhir dengan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Boleh dikatakan beribu-ribu orang yang ditahan tanpa perbicaraan di mahkamah.

Demikian juga nasib pemimpin tempatan dan rakyat Sabah ada juga yang punya pengalaman duduk di dalam ISA. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Presiden Parti Bersatu Sabag (PBS) merangkap Hugoun Siou Kadazan Dusun Murut (Ketua masyarakat KDM), Tan Sri Pairin Kitingan  dengan merujuk Timbalan Presiden parti ini, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang dikatakan mangsa ISA.

Katanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak jujur dalam membuat kenyataan untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini kerana pada era kepimpinannya sesiapa yang menyentuh isu Perjanjian Malaysia akan dikategorikan sebagai individu anti-Persekutuan.

Pairin berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan dan dasar sempena  Kongres PBS ke-32 tahun lepas.

Beliau turut menambah, “Pada masa itu tiada tempat dan peluang untuk membincangkan isu berkenaan (MA63) secara terbuka. Sebarang perbincangan mengenai MA63 dan dokumen lain yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia dianggap terlarang”.

“22 tahun zaman pemerintahannya sebagai Perdana Menteri tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 dan kenapa pula tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa ini? Jelas inilah bukti agenda beliau adalah untuk membantu Pakatan Harapan memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Berbeza dengan kenyataan sekaligus seruan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal meminta rakyat Sabah memaafkan Tun Mahathir dengan meletakkan pemimpin tersebut punya pengetahuan “Selamatkan Malaysia” secara ekonomi pada tahun 1998.

Adakah benar Mahathir penyelamat Malaysia ketika itu? Dan apa pula kaitan rakyat Sabah maafkan Tun Mahathir sedangkan 22 tahun era pemerintahannya pembangunan di Sabah sangat ketinggalan berbanding negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Jangan kata Perjanjian Malaysia tidak boleh disentuh pasti dikenakan ISA, hendak meminta kemudahan pembangunan juga bimbang dikatakan lebih kuah daripada sudu. Siapalah sangat rakyat Sabah di mata Tun Mahathir berbanding zaman Datuk Seri Najib Razak.

Era pemerintahan Najib Razak, orang Sabah kini tiada sebarang halangan hendak membicarakan secara terbuka isu Perjanjian Malaysia. Rakyat Sabah minta mohon kaji isu Pendatang Tanpa Izin terus dilaksanakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bagi tangani segera isu berkenaan sekitar tahun 2012. Rakyat Sabah mohon pembangunan perlu disekatakan dengan negeri-negeri lain, terus ada bajet khas diperuntukan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Namun sejuta kali sayang wujud pula ketirisan penyaluran bajet yang tidak diketahui kerajaan negeri Sabah sehingga ada jalan aspal di dalam hutan sedangkan penduduknya jauh dari jalan raya tersebut semasa di bawah seliaan Shafie Apdal, mantan Menteri KKLW.

Isu pemimpin Sabah tiada portfolio Persekutuan, sejak zaman Najib, rakyat Sabah kini semakin dikenali bila ada lantikan beberapa orang pemimpin tempatan Sabah menjawat jawatan peringkat Persekutuan baik Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri.

Jelas dilihat segala kebajikan rakyat Sabah senantiasa dekat di hati Kerajaan Persekutuan dan ini antara bukti bahawa semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak tidak terpinggir daripada pembangunan yang di bawah oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini.