18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

Ahli Parti Dinasihatkan Tidak Bertindak Ikut Emosi – Jalauddin

PRU 14
Typography

SEREMBAN – Pengundi di Parlimen Jelebu diminta agar tidak mempercayai bahawa kerusi Parlimen tersebut akan ditukar dengan parti komponen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ini kerana terdapat desas desus bahawa kerusi yang menjadi milik UMNO itu akan ditukar dengan MIC dalam pilihan raya nanti.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, jika benar perkara itu berlaku, beliau berharap agar pimpinan tertinggi parti menimbangkan semula pertukaran itu.

Ini kerana katanya, akar umbi amat berharap agar perkara tersebut tidak berlaku memandangkan Parlimen Jelebu adalah kubu kuat UMNO, dan mereka mahu mempertahankan.

“Bagaimanapun sehingga kini saya masih belum dimaklumkan berlakunya sebarang pertukaran mengenai kerusi tersebut, dan jika benar saya amat berharap agar Pengerusi BN mempertimbangkang.

“Kita tidak dapat memastikan desas-desus itu benar atau tidak. Jadi saya menasihatkan pengundi semua tidak bertindak mengikut emosi,” katanya yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri.

Jalauddin berkata, apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan siapa calon yang bertanding, UMNO akan terus akur demi kemenangan BN atas dasar muafakat.

Terdahulu, timbul khabar angin menyatakan bahawa Parlimen Port Dickson akan diserahkan kepada UMNO yang mana sebelum ini ia adalah milik MIC dan sebagai gantinya kerusi Parlimen Jelebu diserahkan kepada MIC.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.