29
Kha, Jun
626 ARTIKEL BARU

Banjir yang berlaku di Bandaraya Kuching dan Serian pada hujung minggu lepas dan awal minggu ini adalah seperti yang diramal banyak pihak sebelum ini berdasarkan kepada pemantauan dan analisis semasa cuaca sejak awal tahun ini.

Di pihak kerajaan, agensi terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara MKN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan sebagainya termasuk parti politik komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Sarawak United People Party (SUPP) bertungkus lumus memberikan bantuan.

Lawatan mengejut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Satem ke Pusat Penempatan Banjir di Dewan Masyarakat Malihah selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran SUPP membuktikan kerajaan sangat mengambil berat terhadap situasi semasa banjir yang berlaku.

Adenan memberitahu secara keseluruhan pengendalian urusan pemindahan mangsa ke pusat-pusat pemindahan berjalan dengan baik dan lancar.

Beliau turut berpuas hati dengan persiapan dan bantuan makanan dan sebagainya yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri

TIDAK lama lagi akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem.

Sudah pasti PRN Ke-11 kali ini akan mendapat tumpuan ramai terutamanya terhadap semua calon yang bakal bertanding baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Bagi pemerhati politik, sudah pasti mahu menyaksikan adakah berlakukan pertembungan sesama sendiri di kalangan pembangkang?

Cuma kini yang menjadi persoalannya, adakah DAP layak untuk meletakkan

Disebabkan dirinya tidak dibenarkan memasuki Sarawak, Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan yang ‘menghina’ rakyat Sarawak sehingga menyebabkan rakyat Sarawak marah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apabila pembangkang mengambil alih kerajaan, parti akan memastikan mengubah undang-undang berkenaan (menghapuskan keistimewaan Imigresen) kerana tidak adil kepada rakyat Malaysia", katanya kepada akhbar tempatan Sarawak.

Kenyataan Zuraida itu sangat bahaya

Keputusan kerajaan membina Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak telah memberikan berita gembira kepada seluruh rakyat Sarawak yang mahu melihat kemudahan awam itu setanding dengan apa yang ada di Semenanjung Malaysia.

Malah, rakyat Sarawak berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran tol di sepanjang LPB dan ini disambut baik rakyat Sarawak.

Ini kerana LPB ini merupakan laluan utama untuk bergerak dari Teluk Melano ke Merapok dalam masa yang singkat dan selamat.

Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.10 Pending, Violet Yong bahawa kalimah Allah tidak akan dapat digunakan oleh penganut agama lain, selain Islam sekiranya Barisan Nasional (BN) terus memimpin negari ini adalah bertujuan untuk memutarbelitkan tindakan Ketua Menteri Sarawak yang selama ini peka dengan keperluan rakyat Sarawak.

Violet Yong membuat pesanan demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP bagi DUN N.23 Bukit Semuja dan DUN N.22 Kedup, Selasa lepas.

Kata-kata ‘ejekan’ Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung langkah Adenan dalam mendapatkan penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri Sarawak dianggap sebagai cubaan mengalih perhatian ke atas tindakannya yang kini dikecam hebat kerana menjual tanah di Pulau Pinang kepada syarikat di Singapura.

Guan Eng kini hebat dikecam penduduk di Pulau Pinang ekoran tindakannya menjual kira-kira 33 peratus tanah di Pulau Pinang kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni Lim Kit

Ketegasan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem yang mahukan lebih ramai guru yang berasal dari Sarawak mengajar di negeri ini adalah suatu yang harus dipandang positif.

Ini merupakan salah satu daripada 13 penurunan kuasa pentadbiran yang dikemukakan Adenan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan dipersetujui baru-baru in.

Nisbah guru kelahiran Sarawak yang berkhidmat di negeri ini dinaikkan kepada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah

Lebih banyak artikel..